Hari Raya Aidilfitri disambut 22 April
Pengumuman tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
PETALING JAYA – Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi negeri-negeri seluruh Malaysia tahun ini ditetapkan pada 22 April bersamaan hari Sabtu.
Pengumuman itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Daniel Syed Ahmad yang memakai baju Melayu warna coklat menerusi siaran langsung khas di sebuah stesen televisyen.
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Sabtu, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam ini.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Sabtu, 22 April 2023,” katanya.
Penetapan tarikh 22 April 2023 itu sekali gus menamatkan spekulasi umat Islam Malaysia bakal berdepan raya mengejut sekali lagi.
Tahun lalu umat Islam negara ini menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 2 Mei iaitu lebih awal berbanding dijadualkan pada 3 Mei 2022.
Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan. - Bernama
SOURCE: KOSMO
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags