"I love you, Papa" - Nurul Izzah

Nurul Izzah berkongsi rasa kesyukuran dan bangga dengan pelantikan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10. - Gambar Instagram Nurul Izzah

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menzahirkan perasaan sayang dan bangga selepas bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10, hari ini.

Picture

Nurul Izzah melalui media sosialnya berkata, pelbagai dugaan berlaku dalam kehidupan di dunia dan tiada yang terlepas daripada menghadapinya.

“Ketika kalah kita diduga, ketika menang juga kita diduga. Yang pasti, sejak 1998 sehingga saat ini adalah kewajipan untuk kita berpegang terus kepada garis batas perjuangan.


“Menuntut keadilan bukan untuk diri kita, tetapi sebagai pemangkin kepada perlindungan untuk semua,” kata anak sulung Perdana Menteri ke-10 itu lagi.

Picture

Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga Presiden PKR itu diperkenan selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, pagi tadi.

Dalam hantaran itu, Nurul Izzah turut menyatakan cabaran tetap menanti selepas Istiadat Mengangkat Sumpah Pelantikan terutama dalam menyatukan teman senegara.

“Meneliti masalah ekonomi yang membelenggu, menarik pelaburan menerusi ransangan ekonomi serta bakat tempatan dan membina ummah serta bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu.

“I love you, Papa. Am always proud of you. Even as you lay imprisoned as a prisoner of conscience.

“Legasi yang kita tinggalkan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat mahupun wang ringgit, tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli. Jadikan masa depan, masa kita bersama,” ujarnya.

SOURCE: Awani

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.