Edith Lemay bersama suami Sébastian Pelletier dan anak-anak mereka Mia, Leo, Colin dan Laurent di Ölüdeniz, Turki. - Gambar Edith Lemay
Cipta kenangan sebelum buta, pasangan suami isteri bawa anak-anak pusing dunia
QUEBEC: Berat mata memandang, berat lagi hati memikulnya.Selain mencipta visual kenangan, Sebastien Pelletier dan Edith Lemay juga sering mengingatkan anak-anak untuk sentiasa rasa bersyukur kerana berpeluang ke sekolah selain memiliki rumah untuk berteduh.
Keluarga Lemay-Pelletier meneroka Hutan Quivertree di Namibia, tempat mereka memulakan perjalanan dunia mereka.
Barangkali, itulah terjemahan betapa luluhnya perasaan sepasang suami isteri selepas dimaklumkan empat anak mereka menghidap Retinis Pigmentosa iaitu masalah penglihatan yang menyebabkan mata menjadi buta sebelum usia 30 tahun.
Memetik laporan CNN Travel, pasangan suami isteri, Sebastien Pelletier dan Edith Lemay ini mengambil keputusan bercuti selama setahun untuk membawa empat anak mereka mengelilingi dunia.
Anak lelaki pasangan itu Leo semasa lawatan keluarga ke Cappadocia, Turki.
“Kami mahu mencipta memori sebanyak mungkin. Anak sulung, Mia berdepan dengan masalah untuk melihat dengan lebih jelas sejak 2018 lagi diikuti Colin dan Laurent yang disahkan menghidap penyakit yang sama,” kata Lemay.
Lemay yang bekerja dalam sektor kewangan di Quebec, Kanada memberitahu, meskipun sedih, dia berjanji untuk berusaha menggunakan masa yang ada untuk mencipta kenangan melalui visual.
Lemay dan Pelletier berkata perjalanan itu telah mengukuhkan ikatan antara empat anak mereka, yang dilihat di Mongolia.
Pasangan ini bersama empat anak mereka, Mia, Colin, Laurent dan Leo memulakan perjalanan ke beberapa lokasi antaranya Namibia, Zambia, Tanzania, Turkiye, Mongolia dan kini berada di Indonesia selama seminggu.
Terdahulu, pasangan ini merancang pengembaraan ke Rusia dan China pada 2020 tetapi ditangguhkan disebabkan pandemik COVID-19 yang menyerang dunia.
Kongsi Lemay, selain mencipta kenangan melalui visual, dia juga sering mengingatkan anak-anak untuk sentiasa rasa bersyukur kerana berpeluang ke sekolah selain memiliki rumah untuk berteduh.
Untuk info, penyakit Retinis Pigmentosa merupakan penyakit genetik yang mana berlaku gumpalan pigmen retina yang boleh dilihat semasa pemeriksaan mata.
Gejala bermula apabila seseorang sukar melihat dengan jelas pada waktu malam dan pesakit berpotensi buta sebelum usia mencecah 30 tahun. Tiada rawatan spesifik untuk penyembuhan pada masa ini.
SOURCE: AWANI
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date