Mengimbas kata-kata Tommy Thomas susulan Final Award RM63b Sulu

'Harga yang perlu dibayar': Mengimbas semula kata-kata bekas AG selepas anugerah Sulu RM63b

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Mengimbas kata-kata bekas AG susulan Final Award RM63b Sulu

Walaupun tiada bukti mengaitkan waris sultan Sulu yang menerima wang tahunan dari Malaysia dengan penceroboh Lahad Datu pada 2013, kerajaan Malaysia tetap menghentikan pembayaran kepada mereka, kata bekas peguam negara, Tommy Thomas.

Picture
Dalam bukunya, My Story: Justice in the Wilderness, yang diterbitkan tahun lalu, Thomas memberi amaran bahawa tindakan berkenaan boleh bertukar menjadi keputusan yang mahal.

Semalam, adalah dilaporkan bahawa penimbang tara Sepanyol Gonzalo Stampa mengarahkan kerajaan Malaysia membayar AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada waris sultan Sulu yang membuat tuntutan itu.

Picture
Ini akibat pelanggaran perjanjian 1878 yang ditandatangani oleh Sultan Jamal Al Alam, Baron de Overbeck dan Alfred Dent milik syarikat British Utara Borneo


Malaysia dilaporkan telah berhenti membayar wang serahan tahunan RM5,300 kepada waris sultan Sulu sejak 2013 berikutan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu.

Isnin lalu, laman web berita Sepanyol La Información melaporkan bahawa penimbang tara Sepanyol Gonzalo Stampa mengarahkan pembayaran itu semasa perbicaraan di mahkamah arbitrasi di Paris, Perancis.

Ketika dihubungi petang ini, Thomas enggan mengulas mengenai perkara itu selain berkata, "Saya berpegang dengan apa yang saya tulis dalam Bab 39 (bukunya)."


Thomas mengakui dalam bukunya bahawa tiada alasan undang-undang untuk Malaysia menghentikan pembayaran tahunan itu dan berbuat demikian adalah pelanggaran perjanjian 1878.

Picture
“Seperti yang dijangkakan, keluarga waris kesultanan Sulu yang telah menerima bayaran selama 135 tahun mengancam tindakan undang-undang terhadap Malaysia.

“Ancaman seperti itu tidak dipandang serius oleh pentadbiran terdahulu.” tulisnya.

Thomas juga menekankan bahawa keanggotaan Malaysia dalam Konvensyen Pengiktirafan dan Penguatkuasaan Anugerah Timbang Tara yang ditandatangani pada 1958 di New York (Konvensyen New York) juga boleh memberi kesan kepada perkara itu.

Aset negara boleh dirampas

Bekas peguam negara itu berkata dia terkejut apabila diberi taklimat mengenai tuntutan itu pada 2019 dan reaksi awalnya adalah untuk mengabaikan timbang tara, menasihati kerajaan supaya tidak tunduk kepada bidang kuasa mahkamah Sepanyol, atau mengambil bahagian dalam timbang tara ex-parte.

Bagaimanapun, bekas rakan kongsi firma guamannya Sitpah Selvaratnam dan Elaine Yap, seorang peguam komersial yang dilantik untuk menasihati perkara itu, memberi amaran adalah berbahaya untuk berbuat demikian kerana Konvensyen New York.

“Bahayanya ialah aset Malaysia yang terletak di negara-negara anggota Konvensyen New York (yang berjumlah kira-kira 160) akan terdedah kepada rampasan atau penyitaan, atas permohonan lapan pihak yang menuntut, jika mereka diberikan ganti rugi oleh penimbang tara Sepanyol.

“Ini adalah akibatnya, tidak kira sama ada Malaysia mengambil bahagian dalam timbang tara Sepanyol.

Picture
"Justeru, jika timbang tara dibenarkan untuk diteruskan secara ex parte tanpa penyertaan Malaysia, anugerah itu mungkin berjuta-juta, dan aset asing kita akan terancam," tambahnya dalam bukunya.

Pada 2019, Thomas berkata peguam dari London, yang bertindak bagi pihak waris kesultanan Sulu, menghantar surat meminta Malaysia menghantar wakilnya dalam prosiding timbang tara di hadapan seorang penimbang tara Sepanyol di negeri tersebut.

“Saya terkejut dengan perkembangan tersebut. Memang boleh difahami, bahawa penerima sebelum ini kecewa dengan Malaysia yang tidak lagi membayar mereka.

“Sekiranya mereka mahu ke mahkamah, forum yang paling sesuai ialah Mahkamah Tinggi di Sandakan, seperti yang diperakui oleh nenek moyang mereka pada 1939.


“Apa yang sama sekali tidak boleh diterima ialah tindakan mahkamah di negara asing yang tidak mempunyai kaitan, sama ada secara fakta atau undang-undang, dengan tuntutan mereka untuk pampasan tahunan.

“Pertikaian itu berkisar tentang kegagalan membayar jumlah yang dipersetujui sebagai balasan bagi tanah yang diserahkan di Sabah. Semua hubungan adalah dengan Sabah, yang adalah forum yang sesuai untuk mengadili sebarang pertikaian,” katanya.

Thomas juga mendedahkan bahawa kerajaan British menolak permohonan peguam untuk melantik penimbang tara, yang menyaksikan mereka beralih ke Sepanyol.

“Perjanjian 1878 memperuntukkan bahawa sebarang pertikaian 'hendaklah dikemukakan kepada Konsul Jeneral British untuk Borneo'. Pejabat itu tidak lagi wujud selepas pembentukan Malaysia.

“Satu-satunya hubungan yang mungkin dikaitkan dengan Sepanyol adalah untuk tempoh yang singkat antara 1878 dan 1885 Sepanyol mempunyai beberapa hak ke atas Borneo Utara, yang diserahkan pada 1885 kepada Britain.

“Memandangkan tiada dokumen perjanjian timbang tara 1878 dan 1903, pihak yang menuntut dari Sulu memohon kepada mahkamah di Sepanyol, yang melantik penimbang tara Sepanyol untuk membicarakan pertikaian antara warga Filipina dan Malaysia, berkaitan perjanjian berurusan dengan tanah di Malaysia dan pembayaran dalam ringgit Malaysia. Sungguh tidak masuk akal dan menjijikkan,” tulisnya.

Susulan itu, Thomas berkata dia mengarahkan Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk melantik firma peguamcara multinasional berwibawa , yang beribu pejabat di London, tetapi mempunyai cawangan di Sepanyol untuk memberikan nasihat.


“Tetapi saya tidak kagum dengan nasihat mereka dan bayaran mereka terlalu tinggi. Mereka tidak lama kemudian digantikan oleh firma peguam Sepanyol,” tambahnya.

Pada masa yang sama, dia beralih kepada Sitpah, yang disifatkannya sebagai peguam undang-undang komersial bertaraf dunia yang juga sering duduk sebagai penimbang tara dalam pertikaian antarabangsa.Dia pula kemudian mencadangkan AGC melantik Elaine Yap.

Thomas berkata pasukan guaman itu juga terdiri daripada dua peguam kanan persekutuan.

Untuk memastikan Malaysia tidak mengambil bahagian dalam timbang tara Sepanyol yang dimulakan tanpa kerelaannya, Thomas berkata Sitpah dan Yap mencadangkan membuat permohonan injunksi.

“Saya memberi arahan supaya ini dilakukakan. Yap menyediakan semua kertas mahkamah, menjalankan penyelidikan, dan merangka hujahan bertulis. Kerajaan diwakili di mahkamah oleh peguam kanan persekutuan.

“Hakim di Mahkamah Tinggi memerintahkan semua kertas mahkamah diserahkan kepada peguam Britain untuk lapan individu itu dan penimbang tara di Sepanyol. Ini dilakukan melalui e-mel, pos berdaftar dan perkhidmatan peribadi melalui peguam Sepanyol kami.



“Justeru, lapan individu itu mempunyai pengetahuan sebenar tentang prosiding mahkamah Sabah. Tiada seorang pun daripada mereka yang mengambil bahagian. Hakim memberikan perintah kepada kerajaan Malaysia yang bermaksud bahawa forum yang sesuai untuk menyelesaikan pertikaian itu ialah di Mahkamah Tinggi di Sabah, dan bukan Sepanyol.

“Injunksi telah dikeluarkan untuk menghalang timbang tara. Perintah telah disampaikan kepada individu yang berkaitan, termasuk penimbang tara.

“Apabila saya meninggalkan pejabat, peguam Sepanyol kami sedang mendaftarkan permohonan injunksi mahkamah Malaysia dan mengeluarkan cabaran baharu di mahkamah Sepanyol.

“Ini adalah untuk membatalkan perintah mahkamah Sepanyol yang melantik penimbang tara. Semua langkah yang boleh diambil oleh Malaysia secara munasabah untuk menghadapi masalah mengenai timbang tara Sepanyol telah diambil dengan segera dan profesional.

“Alangkah mahalnya harga yang perlu dibayar apabila bayaran tahunan kepada pihak yang menuntut dari Sulu itu dihentikan secara unilateral oleh Malaysia pada 2013 selepas pencerobohan Lahad Datu. Dan itu juga untuk hanya RM5,300 setahun,” tulisnya.

SOURCE: MK

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.