Omicron: Malaysia tidak akan 'lockdown' - Muhyiddin

Picture
Malaysia tidak akan melaksanakan 'lockdown' atau perintah kawalan pergerakan (PKP) susulan penularan varian Omicron di dalam negara.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

KKM bentang strategi tangani penularan Omicron

PUTRAJAYA - Malaysia tidak akan melaksanakan 'lockdown' atau perintah kawalan pergerakan (PKP) susulan penularan varian Omicron di dalam negara.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan Omicron tidak memberi kesan kepada pemulihan negara.

"Kita berjanji tak akan balik kepada cara lama kenakan PKP atau lockdown," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MPN, dekat sini, pada Isnin.

Picture
Muhyiddin (tengah) bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MPN di Putrajaya, hari ini. - NSTP/ASYRAF HAMZAH

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang giat melaksanakan inisiatif, termasuk kawalan sempadan dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat, bagi menangani penularan varian Omicron di negara ini.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata perkara berkenaan dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang turut menjelaskan mengenai trend perebakan varian baharu COVID-19 itu, pada mesyuarat hari ini.


Selain Malaysia, beliau berkata, banyak negara lain turut terjejas dengan peningkatan kes Omicron.

"Justeru, tadi turut dibentangkan strategi dan cara menanganinya. Saya tidak perlu menjelaskannya di sini, kerana ada inisiatif sedang dibuat berdasarkan kes yang dilihat sedang menular.


"Yang penting, sistem kesihatan awam kita yang melalui tekanan ketika COVID-19, mestilah ada cara untuk diperbaiki serta diteruskan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MPN, petang tadi.

Seterusnya, Muhyiddin berkata, Khairy turut memaklumkan kepada MPN berhubung penangguhan sementara lawatan mengerjakan umrah ketika ini susulan beberapa isu berkaitan yang perlu ditangani oleh KKM.

Dalam pada itu, beliau berkata, mesyuarat sama turut memutuskan supaya KKM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memulakan perbincangan bagi meneliti, merancang serta mencadangkan langkah membuka semula sempadan negara dengan segera dan selamat, untuk dibentangkan kepada MPN.



Katanya, MPN berpandangan bahawa tanpa perancangan yang kemas, penutupan sempadan untuk tempoh tidak menentu akan memberi kesan dari segi cepat atau lambat proses pemulihan negara.

"Cadangan kita ialah sebuah jawatankuasa dibentuk antara beberapa kementerian tadi, dan kemudian bentang kepada pihak majlis mengenai bila dan bagaimana (sempadan) dapat dibuka semula secara berperingkat. Ia akan dibentangkan pada mesyuarat akan datang," katanya.

SOURCE: sinarharian.com.my

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.