Warga Emas Diberhentikan Kerja, Kayuh Basikal Ratusan Kilometer Pulang Ke Kampung

Picture
Join Telegram BeritaUp2Date di bawah

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Dalam situasi sukar ini, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Lebih-lebih lagi mereka yang bekerja makan gaji dan terpaksa berhadapan dengan masalah kegawatan ekonomi ekoran daripada langkah berkurung yang dilakukan hampir di seluruh dunia.

Ada yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji dan ada juga yang perlu menerima hakikat diberhentikan kerja bagi mengurangkan beban yang perlu ditanggung syarikat.

Nampak sangat penat

Hal ini samalah seperti yang berlaku terhadap seorang warga emas di Thailand yang ditemui seorang pengguna Facebook sedang mengayuh basikal untuk pulang ke kampung selepas diberhentikan kerja.


Pada asalnya dia merupakan seorang pengawal keselamatan dan dimaklumkan mempunyai masalah berkaitan penglihatan. Oleh sebab itu, dia dalam keadaan letih telah mengayuh basikal untuk pulang.


Makan minum diberi orang yang kasihan

Tambahnya lagi, warga emas tersebut hanya makan apabila dihulurkan makanan oleh insan sekeliling yang simpati dengan nasibnya.


Apabila dihulurkan sedikit wang, warga emas itu terlihat sebak kerana dia tidak mempunyai wang untuk meneruskan perjalanannya.

Tolak basikal sambil bawa beg pakaian




Dapat dilihat dengan jelas dia menggendong beg pakaian besar dan menolak sahaja basikal tersebut. Muat naik dibuat oleh pengguna Facebook di Thailand itu telah mendapat puluhan ribu perkongsian yang nyata berasa sebak dengan nasib menimpa warga emas itu.


Walaupun tidak dapat dipastikan kesahihan perkongsian tersebut, dapat kita pelajari bahawa masih ada insan yang susah dan ditimpa ujian berat walaupun sudah berusia emas.

Sumber : Facebook

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.