Rentas Negeri Dibenarkan Beberapa Hari Lagi, Jaga Diri, Jaga Keluarga – Noor Hisham

Picture
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Rentas negeri akan dibenarkan beberapa hari lagi, Dr Noor Hisham nasihat ambil semua langkah berjaga-jaga

PUTRAJAYA: Pergerakan rentas negeri akan dibenarkan dalam tempoh beberapa hari saja lagi,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Namun beliau mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak leka dengan ‘kebebasan’ yang diberikan.


“Larangan rentas negeri akan ditarik balik dalam masa beberapa hari lagi.

“Penting untuk mengambil semua langkah berjaga-jaga seperti memakai pelitup muka, membasuh tangan dan menjaga penjarakkan fizikal meskipun berada di kalangan individu yang sudah divaksin.

“Bagi memastikan orang tersayang dan ahli keluarga anda selamat, lakukan ujian air liur RTK-Ag sendiri secara berkala,” ujarnya di Twitter.



"Adalah penting untuk mengambil semua langkah berjaga-jaga seperti memakai pelitup muka, mencuci tangan dan penjarakkan fizikal meskipun mereka telah divaksinasi.

"Lakukan ujian kendiri air liur RTK secara berkala bagi menjaga keselamatan orang tersayang dan keluarga," tulis beliau di laman Twitter, awal pagi Khamis.


Kerajaan telah memutuskan untuk membenarkan rakyat merentas negeri setelah 90 peratus daripada populasi dewasa telah divaksin dan setakat Rabu, angka tersebut mencecah 88.8 peratus.

Pada Rabu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin meminta mereka yang mempunyai perancangan pulang ke kampung untuk melakukan ujian Covid-19 sebelum menziarah ahli keluarga.

"(Hanya) 1.6% sebelum sempadan antara negeri dibuka. Walaupun Kementerian Kesihatan telah beralih ke ujian simptomatik, kami menggalakkan mereka yang bergerak dan berhubung dengan orang ramai untuk melakukan ujian secara berkala.


"Sekiranya anda ingin pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa yang sudah tua, lakukan ujian air liur RTK. Pastikan mereka selamat," tulis Khairy di laman twitter.

Beliau juga berkata, kini adalah masa untuk setiap orang bertanggungjawab ke atas diri sendiri.

"Ketika kita beralih ke fasa endemik, kami tidak dapat melakukan pengawasan lagi, seperti membuat sekatan jalan untuk memeriksa sama ada anda telah divaksinasi atau diuji sepenuhnya.

"Sekarang ia banyak bergantung kepada tanggungjawab dan tingkah laku peribadi. Saya yakin kita dapat menghadapi cabaran dalam #ReopeningSafely,” katanya.

SOURCE: mstar

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.