AirAsia Hanya Benarkan Penumpang Lengkap Vaksin

Picture
AirAsia melaksanakan pelan mitigasi COVID-19 untuk memastikan standard keselamatan tertinggi bagi tetamu dan kakitangan

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


SEPANG: Sebagai persediaan untuk penyambungan semula perkhidmatan penerbangan domestik dan antarabangsa, AirAsia Malaysia hanya akan menerima penumpang dewasa lengkap divaksin sepenuhnya dalam penerbangannya berkuat kuasa serta-merta.

Penumpang di bawah umur 18 tahun yang belum divaksin atau mendapat vaksinasi sepenuhnya perlu ditemani ibu bapa atau penjaga yang sudah divaksin sepenuhnya.


Ia sebahagian daripada pelan mitigasi COVID-19 AirAsia untuk memastikan standard keselamatan tertinggi bagi tetamu dan kakitangannya.

Semua penerbangan AirAsia hanya akan dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang sudah divaksin sepenuhnya, begitu juga dengan kakitangan operasi dan pengendali bagasi di terminal.


AirAsia juga mewajibkan tetamu untuk mendaftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App yang membolehkan mereka melalui proses pelepasan dan menaiki pesawat menggunakan pas masuk elektronik, yang meminimumkan interaksi fizikal dengan kakitangan seperti sentuhan pas masuk menggunakan kertas.


Ia kunci untuk membendung penyebaran COVID-19 dan virus lain.

Tertakluk kepada beberapa pengecualian, bayaran akan dikenakan untuk daftar masuk melalui kaunter di lapangan terbang.

Tetamu hanya perlu memuat turun airasia Super App di telefon pintar mereka dan memanfaatkan aplikasi tersebut sepenuhnya.

Ia adalah satu-satunya aplikasi perjalanan yang diperlukan, bermula dengan tempahan penerbangan dan penginapan, daftar masuk, pengesahan dokumen kesihatan sehinggalah kepada pas masuk elektronik, perlepasan melalui sistem pengecaman wajah FACES dan pelbagai perkhidmatan semasa dalam penerbangan.

AirAsia membangunkan pelbagai inovasi dan pembaharuan teknologi tanpa sentuh yang membolehkan penumpang terbang dengan lebih selesa dan selamat.


Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, berkata keputusan untuk hanya menerima tetamu yang sudah divaksin sepenuhnya dalam penerbangan dibuat demi menjaga keselamatan tetamu dan kakitangan.

“Semua penerbangan AirAsia dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang sudah divaksin sepenuhnya, begitu juga dengan kakitangan operasi yang lain.

“Selain itu, kami menyediakan pelbagai perkhidmatan di airasia Super App.

“Tetamu kini boleh menggunakan sistem daftar masuk mudah dan pantas yang membolehkan mereka memuat naik dokumen kesihatan dan sijil vaksinasi untuk pengesahan segera dan menggunakan sistem pengecaman wajah FACES untuk meminimumkan sentuhan fizikal dan mengurangkan kesesakan di lapangan terbang,” katanya dalam satu kenyataan. – BH Online

SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.