Ambulans tiba di lokasi kejadian berhampiran Gereja Methodist Belfairs, di mana Ahli Parlimen Konservatif, David Amess ditikam sehingga mati pada Jumaat. (Gambar AFP)
Anggota parlimen Britain ditikam hingga mati dalam kemungkinan serangan pengganas
LONDON: Seorang Ahli Parlimen Konservatif United Kingdom (UK) maut selepas ditikam beberapa kali menggunakan pisau ketika mengadakan pertemuan di sebuah gereja di daerah Leigh-On-Sea di Southend West.Ahli Parlimen Britain, David Amess maut selepas ditikam “bertubi-tubi” ketika menyertai satu acara di kawasan Parlimennya di tenggara England.
Setiausaha Pengangkutan, Grant Shapps menyifatkan Amess sebagai “individu berdedikasi, bertimbang rasa dan ahli Parlimen sejati, yang terkorban ketika berkhidmat tanpa henti di kawasannya sepanjang kerjayanya”.
Ini adalah kematian kedua membabitkan ahli politik United Kingdom ketika menemui pengundi sejak 2016.
AFP melaporkan polis tempatan tidak menamakan Amess, tetapi memaklumkan seorang lelaki ditahan “kerana disyaki membunuh” selepas kejadian tikaman di pekan Leigh-on-Sea.
“Kami tidak mencari orang lain berkaitan kejadian ini,” kata polis Essex sambil menambah seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan dan sebilah pisau ditemui.
Polis berkata, anggotanya bertindak balas terhadap “laporan tikaman” sejurus selepas 12.05 tengah hari.
Media British, termasuk Sky News dan BBC mengenal pasti mangsa sebagai ahli politik berusia 69 tahun dari Parti Konservatif Perdana Menteri, Boris Johnson.
FILE FOTO: Ahli Parlimen Britain, Sir David Amess menghadiri sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, di London, Britain, 15 Januari 2020. © Parlimen UK / Jessica Taylor / Handout via REUTERS
Setiausaha Pengangkutan, Grant Shapps menyifatkan Amess sebagai “individu berdedikasi, bertimbang rasa dan ahli Parlimen sejati, yang terkorban ketika berkhidmat tanpa henti di kawasannya sepanjang kerjayanya”.
David Ames ketika kejadian sedang bertemu penduduk di kawasannya di Belfairs Methodist Church sebelum didatangi seorang lelaki yang meluru dan menyerangnya dengan pisau. - Gambar/ AP Newsroom
Amess ialah Ahli Parlimen Britain terbaharu yang diserang ketika perjumpaan rutin mingguannya bersama pengundi, yang biasanya diadakan pada Jumaat ketika Parlimen tidak bersidang.
David Amess, Ahli Parlimen Southend West di Essex, ketika kejadian sedang bertemu penduduk di kawasannya di Belfairs Methodist Church sebelum didatangi seorang lelaki yang meluru dan menyerangnya dengan pisau. Menurut laporan BBC News, polis dan ambulans kemudiannya dikejarkan ke lokasi kejadian.
Amess yang menerima rawatan kecemasan di gereja berkenaan kemudian disahkan meninggal dunia.
Polis Essex menerusi laman Twitternya turut mengesahkan kejadian itu.
Amess adalah merupakan seorang Ahli Parlimen yang terkenal dan menjadi wakil rakyat Southend West sejak 1997.
Dia sebelum ini juga pernah memegang portfolio sebagai Ahli Parlimen Basildon.
Amess telahpun berkahwin dan mempunyai 5 orang anak.
Ahli Parlimen Parti Buruh, Jo Cox dibunuh seorang pelampau pada 2016 menjelang pungutan suara Brexit.
Yayasan Jo Cox yang ditubuhkan bagi memperingatinya menerusi Twitter berkata: “Sangat mengerikan apabila mendengar berita serangan” ke atas Amess.
“Kami memikirkannya, keluarganya dan orang tersayang pada masa menyedihkan ini.”
Ahli Parlimen Buruh, Stephen Timms pernah ditikam berkali-kali pada 2010, tetapi pulih daripada “kecederaan yang berpotensi mengancam nyawa dan masih menjadi Ahli Parlimen”.
Timms turut “terkejut” dengan serangan terbaharu itu.
Pada Januari 2000, Ahli Parlimen Liberal Demokrat, Nigel Jones cedera dan pembantunya dibunuh seorang lelaki yang bersenjatakan pedang di Cheltenham, barat England.
SOURCE: The Star , Awani , FMT
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date