Lagi Babi tersesat dan merayau di sekitar bandar

Picture
BABI hutan yang tersesat dan merayau di sekitar Persiaran Gurney, hari ini. FOTO ihsan APM

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Georgetown: Angkatan Pertahanan Awam (APM) melakukan khidmat khas menangkap babi hutan sesat dan merayau di sekitar Persiaran Gurney, di sini, hari ini.

Pegawai APM Daerah Timur Laut, Kapten (PA) Muhammad Aizat Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 9.05 pagi.


Katanya, orang awam mendakwa haiwan berkenaan dilihat di sekitar pantai persiaran berkenaan sebelum bertindak menghubungi talian kecemasan.

"Ketika anggota tiba, haiwan terbabit dilihat berada dalam keadaan ketakutan dan kita bimbang sekiranya ia bertindak agresif dengan mengganggu pengguna jalan raya.

"Haiwan itu kemudian melarikan diri sejauh 300 meter ke gerai makanan dan kawasan semak berhampiran," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Muhammad Aizat berkata, berikutan kawasan terbabit berhampiran dengan perumahan dan kompleks komersial, pihaknya terpaksa menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pulau Pinang bagi tindakan lanjut.

Katanya, sebaik mengenal pasti kedudukan, babi berkenaan ditembak.

"Kita tidak pasti bagaimana ia boleh tersesat di kawasan pesat dan kami juga mendapat maklumat ia turut dilihat merayau di sekitar Pasar Awam Pulau Tikus, lebih satu kilometer dari tempat ia ditembak.


"Tiada laporan mengenai orang awam yang tercedera atau kerosakan harta benda," katanya.

Operasi tamat pada jam 9.40 pagi.

SOURCE: The Star

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.