Tempoh Moratorium perbaharui cukai jalan, lesen memandu dilanjutkan hingga 31 Disember

Kaunter Pandu lalu JPJ di Putrajaya -Bernama

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan melanjutkan tempoh untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu yang tamat tempoh sah, hingga 31 Disember depan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata justeru mana-mana pemilik cukai jalan dan lesen memandu yang sudah tamat tempoh sah, tidak akan dikenakan tindakan penguatkuasaan serta pematuhan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Namun bagi melindungi pemandu dan pengguna jalan raya yang lain, katanya, pemilik cukai jalan tamat tempoh sah masih perlu memastikan kenderaan berkenaan dilindungi insurans yang sah.

Beliau berkata, pemilik terbabit juga perlu memapar dan menunjukkan Sijil Perlindungan Insurans yang sah untuk pemeriksaan.

Wee Ka Siong berkata individu yang berurusan di kaunter JPJ walau bagaimanapun perlu lengkap vaksinasi dan menunjukkan status risiko rendah di aplikasi MySejahtera. -Gambar fail
"Kementerian Pengangkutan amat peka dengan maklum balas dan kesukaran orang ramai dalam menggunakan perkhidmatan agensi di bawahnya seperti JPJ, ketika negara dilanda pandemik COVID-19.


"Justeru, Kementerian Pengangkutan memutuskan untuk memberi pelanjutan tempoh untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu hingga 31 Disember 2021," katanya pada sidang media, hari ini.


Susulan itu, Ka Siong berkata, kenyataan sebelum ini bahawa tindakan akan diambil terhadap mereka yang tidak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, mulai 1 Oktober depan, tidak akan dilaksanakan.



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.