Jumlah Covid-19 menurun kepada 19,378 kes hari ini

Kes Covid-19 di Malaysia menurun berbanding semalam dengan merekodkan sebanyak 19,378 kes baharu Covid-19 pada Jumaat. Gambar hiasan - Foto Fail Bernama.


Kes jangkitan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 1,805, 382.

PUTRAJAYA – Sebanyak 19,378 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 1,805,382 kes.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan sebanyak 3,613 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 2,464 kes dan Sabah sebanyak 2,404 kes.


“Johor (2,331 kes), Pulau Pinang (1,726 kes), Kedah (1,470 kes), Perak (1,389 kes), Kelantan (1,356 kes), Kuala Lumpur (740 kes), Pahang (559 kes), Terengganu (532 kes), Melaka (399 kes) dan Negeri Sembilan (270 kes).


“Perlis pula (80 kes), Putrajaya (41 kes) dan Labuan (empat kes),” katanya pada Facebook beliau di sini hari ini. -K! ONLINE



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.