Najib mahu tanding PRU-15, biarpun berdepan sabitan rasuah

http://beritaup2date.blogspot.com/ Bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak semasa wawancara dengan Reuters di Kuala Lumpur, Malaysia 18 September 2021. REUTERS / Lim Huey Teng
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Najib tak tolak kemungkinan bertanding PRU-15

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menolak kemungkinan akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Perkara itu dinyatakannya dalam wawancara eksklusif bersama Reuters, biarpun beliau sedang berdepan sabitan rasuah yang mungkin menyebabkannya ‘diharamkan’ daripada bertanding.


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menolak kemungkinan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) walaupun disabit atas kesalahan rasuah oleh Mahkamah Tinggi dan berdepan pelbagai perbicaraan lain.


Dalam wawancara bersama Reuters, ahli Parlimen Pekan itu berkata, perkara itu sudah tentunya diinginkan oleh mana-mana ahli politik yang mahu memainkan peranan.

Kata beliau, persoalan sama ada beliau layak atau sebaliknya untuk bertanding pada pilihan raya itu adalah tertakluk kepada tafsiran peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

“Mana-mana ahli politik yang mahu memainkan peranan, tentunya ingin menjadi ahli Parlimen.

“(Namun) ia tertakluk kepada tafsiran dari segi undang-undang, Perlembagaan dan apa yang berlaku semasa perbicaraan,” katanya seperti dilapor FMT.

Untuk rekod, selain kes kesalahan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang berhubung dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd yang masih dalam tempoh rayuan, Najib juga menghadapi beberapa kes mahkamah berhubung dana 1MDB. –

Bulan lalu, UMNO kembali diangkat menjawat jawatan Perdana Menteri selepas ‘ditumbangkan’ dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), tiga tahun lalu, ekoran skandal bernilai berbilion-bilion dolar.

Oleh yang demikian pihak pembangkang meluahkan kebimbangan terhadap sesetengah pemimpin parti itu yang berdepan kes di mahkamah akan diberi ‘kelonggaran’ sebaik sahaja UMNO kembali berkuasa.


Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara keseluruhan berjumlah 72 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan membabitkan perbuatan pecah amanah, rasuah dan salah guna kuasa.

Bagi 3 pertuduhan pecah amanah wang RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.Najib dipenjarakan masingh-masing 10 tahun.

Atas tuduhan menyalahgunakan kedudukan pula, hakim memerintahkan Najib dipenjara 12 tahun dan denda RM210 juta serta lima tahun penjara lagi jika gagal bayar denda.

Untuk 3 tuduhan pengubahan wang haram pula, hakim memerintahkan Najib dipenjara 10 tahun bagi setiap tuduhan.

Ini menjadikan keseluruhan hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali ke atas Najib ialah 72 tahun.

Namun bekas perdana menteri itu hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana semua hukuman itu berjalan serentak.


Beliau membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.

Bekas Perdana Menteri itu masih seorang ahli Parlimen tetapi Perlembagaan mengharamkannya daripada bertanding dalam pilihan raya kecuali mendapat penangguhan atau pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.


Dalam wawancaranya bersama Reuters, Najib mencabar keputusan tersebut dengan berkata: “Ia bergantung kepada tafsiran. Ia bergantung kepada tafsiran dari segi undang-undang, Perlembagaan dan apa yang berlaku ketika prosiding mahkamah”.

Apabila ditanya sama ada beliau akan bertanding dalam pilihan raya yang mesti diadakan sebelum 2023, katanya: “Siapa saja ahli politik yang mahu memainkan peranan tentu sekali mahu mendapatkan kerusi Parlimen”.

Namun beliau enggan menjelaskan bagaimana dapat mengatasi halangan perlembagaan.

KEPERCAYAAN AWAM

UMNO, yang memegang tampuk kekuasaan selama lebih 60 tahun sehingga kemarahan atas skandal 1MDB, berhasrat untuk mendapatkan kembali kepercayaan rakyat di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Najib sendiri telah menjalankan kempen ‘perhubungan awam’ untuk menampakkan imejnya sebagai ‘a man of the people’ (berjiwa rakyat).

Beliau menjadi tokoh popular di media sosial dengan kritikannya terhadap kerajaan sebelum ini membuatkannya mendapat pujian ramai.


Najib dalam wawancara itu berkata, beliau telah membincangkan dengan Ismail Sabri kemungkinan peranannya dalam pemerintahan.

Laporan media mengatakan beliau mungkin diberikan peranan sebagai Penasihat Ekonomi.

Bagaimanapun bekas Perdana Menteri itu tidak menjelaskan sama ada akan menerima jawatan itu dengan menegaskan keutamannya ketika ini adalah ‘membersihkan namanya’.

Beliau juga berkata, ‘kepulangan’ UMNO dalam pentadbiran negara menjamin ‘kestabilan politik sementara’ dan beliau tidak akan meminta diadakan pilihan raya umum awal, seperti dilakukannya terhadap Perdana Menteri sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Najib yang menghadapi lebih 40 tuduhan berkata, beliau dapat membuktikan dirinya tidak bersalah.

Beliau berkata, tuduhan terhadapnya bermotifkan politik dan mahu sebuah suruhanjaya siasata diraja (RCI) ditubuhkan ke atas bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

“Saya telah menegaskannya, RCI adalah untuk menetapkan bahawa ia akan menjadi perbincangan yang adil dan adil untuk semua orang, bukan hanya untuk saya,” katanya.

Najib berkata, beliau telah membincangkan cadangan itu kepada Ismail Sabri, tetapi tidak dipersetujui selain kepada Muhyiddin yang menolaknya.

SOURCE: UTUSAN

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.