PPV banyak vaksin tetapi ‘lengan’ yang hendak disuntik itu tak cukup’ – KJ

http://beritaup2date.blogspot.com/ Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mendedahkan, bekalan vaksin COVID-19 di semua Pusat Pemberian Vaksin di seluruh negara ketika ini melebihi jumlah individu yang perlu disuntik.

Jumlah vaksin melebihi 'lengan' yang hendak disuntik - Khairy

ALOR SETAR: Kebanyakan pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara semakin sepi dan tidak semeriah seperti sebelum ini selepas hampir 80 peratus populasi dewasa yang berkelayakan menerima divaksin.

http://beritaup2date.blogspot.com/ KHAIRY Jamaluddin (berdiri kiri) bertanya khabar kepada orang ramai yang berada di HSB ketika melawat hospital itu hari ini. - UTUSAN/MOHD. RAFIE AZIMI
Menurut Utusan Malaysia, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, keadaan itu menyebabkan jumlah vaksin yang dibekalkan sekarang melebihi daripada jumlah ‘lengan’ yang hendak disuntik.

Katanya, kadar vaksinasi di seluruh negara juga didapati sudah tidak mencapai kadar 500,000 sehari seperti sebelum ini.


“Sekarang ini bukan isu bekalan kerana vaksin memang mencukupi. PPV banyak vaksin tetapi ‘lengan’ yang hendak disuntik itu tak cukup.

“Kita dah berusaha sehabis mungkin dengan buka PPV, hantar tarikh temu janji untuk orang ramai dapatkan suntikan tetapi rata-rata PPV kini agak kosong,” katanya selepas lawatan kerjanya ke Kedah di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Yang hadir sama Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor.


Beliau juga melawat meluangkan masa melawat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Sehubungan itu, Khairy berkata, pihaknya akan terus melaksanakan program ‘outreach’ untuk mengenal pasti golongan tegar antivaksin.

Tambahnya, tumpuan tersebut juga diberikan kepada kawasan dan negeri-negeri tertentu yang masih memiliki tahap vaksinasi rendah.

Jelasnya, pada masa ini, tinggal sebanyak 17 peratus penduduk dewasa Kedah yang berkelayakan belum mendapat suntikan tersebut.

“Contohnya kawasan Pendang dan Baling di Kedah serta negeri Sabah. Sekarang ini mungkin dah tak ramai nak keluar ke PPV jadi kita kena jejaki mereka yang belum divaksin ketika ini,” katanya.


Dalam pada itu, beliau memaklumkan, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan majikan dalam sektor tertentu untuk mengenakan syarat supaya pekerja mereka mendapatkan vaksinasi sebelum kembali dibenarkan bekerja.

Selain itu, katanya, perbincangan turut dijalankan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengenal pasti tindakan boleh diambil terhadap penjawat awam yang memilih untuk tidak divaksin.

“Di samping itu, kita minta juga kerjasama semua pihak seperti masjid contohnya supaya betul-betul melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) dengan hanya membenarkan mereka yang sudah divaksin memasuki rumah ibadat tersebut,” katanya.

SOURCE: UTUSAN

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.