19 tahun berkahwin dengan lelaki 42 tahun lebih tua walaupun ibu bapanya pada mulanya memanggil polis ke atas mereka
CARSON CITY, Nevada – Seorang remaja perempuan di Amerika Syarikat mengahwini seorang lelaki berusia 42 tahun lebih tua daripadanya, lapor akhbar metro UK kelmarin.Anggota polis tentera, Audrey Cheyanne-Smiley Moon, 19, berkahwin dengan suaminya, Kevin, 61, yang dikenali melalui satu aplikasi pacaran pada Januari tahun lalu.
Biarpun memiliki perbezaan usia 42 tahun, Audrey berkata, dia tertarik dengan biodata Kevin dalam aplikasi itu yang menyebut bahawa lelaki itu merupakan veteran polis tentera.
Selepas beberapa bulan berkenalan di alam maya, mereka berpacaran secara rasmi dan bertemu buat pertama kali pada Julai tahun lalu sebelum melangsungkan perkahwinan pada 1 Ogos lalu di Nevada.
“Saya teruja dan gementar untuk bertemu dengannya.
“Kevin memulakan langkah dalam memikat saya. Kami berdua bersetuju bahawa ini merupakan cinta pandang pertama,” kata Audrey.
Kedua-dua Audrey dan Kevin tidak pernah menjalin hubungan dengan perbezaan usia yang ketara, namun mereka percaya bahawa ia tidak membawa apa-apa makna memandangkan mereka berkongsi banyak persamaan.
Memandangkan Kevin lebih berusia berbanding ibu dan bapa Audrey, pasangan itu pada mulanya merahsiakan hubungan mereka.
“Keluarga saya pada mulanya amat menentang hubungan ini dan apabila saya pulang ke rumah, saya terkejut melihat polis sedang menunggu di luar.
“Ia amat menakutkan namun selepas mengenali Kevin, mereka mula menyukainya,” kata Audrey.
Pasangan itu juga mahu menghilangkan stereotaip negatif mengenai jurang umur dan berkata, mahu menunjukkan kepada dunia bahawa hubungan mereka adalah atas dasar cinta sepenuhnya. – Agensi
SOURCE: Kosmo!
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date