KKM kesan 475 kes varian Delta, Beta

Picture
472 kes varian Delta dikenalpasti seluruh negara

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

472 kes varian Delta (B.1.617.2) dan 3 kes varian Beta (B.1.351).

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 475 kes COVID-19 membabitkan varian membimbangkan (VOC) iaitu Delta (B.1.617.2) dan Beta (B.1.351).

Picture
Statistik Covid-19 VOC dikeluarkan oleh KKM pada hari Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah yang dikesan itu, 472 kes adalah varian Delta manakala tiga lagi adalah Beta.


Katanya, varian itu dikesan hasil kajian secara berterusan oleh Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Institut Genom Malaysia (MGI) dan Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) Universiti Teknologi MARA (UiTM).


Tambahnya, penyelidikan itu turut dibantu oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI) dan Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC).


Dr Noor Hisham berkata sejumlah 302 kes yang dijangkiti varian Delta berjaya dikesan oleh IHCM-UNIMAS.

"Selain itu, pihak MGI pula mengesan 63 kes membabitkan 61 kes varian Delta serta dua varian Beta, iPROMISE-UiTM (47 varian Delta dan satu Beta), IMR (37 varian Delta), UMBI-UKM (18 varian Delta) serta TIDREC-UM (7 varian Delta)," katanya.


Dr Noor Hisham berkata ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan varian mempunyai kepentingan (VOI) sebanyak 1,860 kes.

"Daripada jumlah yang dikesan itu 1,840 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 1,612 kes varian Delta, 214 kes varian Beta, dan 14 kes varian Alpha.

"Bagi VOI, terdapat sebanyak 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa, dan tiga kes varian Eta," katanya.


SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.