Kematian di rumah (BID) hampir 5,000 kes

Picture
Jumlah keseluruhan kes yang dibawa ke hospital (BID) kini sebanyak 4,923. - Gambar Oleh Firdaus Latif

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

KKM telah mencatatkan 228 lagi kematian akibat Covid-19 pada tengah malam semalam.

Picture
Jumlah keseluruhan kes yang dibawa ke hospital (BID) kini sebanyak 4,923. -GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA: Malaysia semalam, mencatatkan kematian sebenar akibat Covid-19 (purata tujuh hari) iaitu 89 kes berbanding kelmarin yang dilaporkan, 91 kes sebelum ia berubah kepada 110 kes.


Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini, berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman sesawang https://covidnow.moh.gov.my,

Picture
Pasukan forensik bersiap untuk mengangkut mayat pesakit Covid-19 yang baru meninggal dunia ke tempat pengkebumian dari Hospital. - Gambar oleh Sayuti Zainudin

Bagi jumlah kes kematian yang dilaporkan, berlaku penurunan, sebanyak 228 kes berbanding kelmarin, 250 kes menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 25,159 kes.

Sebanyak 36 daripada 228 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes BID sebanyak 4,923 kes.


Sebanyak 1,070 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 598 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 9,886 orang.

Picture
Pekerja kesihatan dengan alat pelindung diri menguburkan mayat mangsa Covid-19 di tanah perkuburan. - Gambar oleh Hari Anggara

Jika dibahagikan mengikut negeri, Selangor mencatatkan kematian dilaporkan 75 kes manakala kematian sebenar harian (purata tujuh hari), sembilan kes diikuti Johor (56/21), Sabah (19/12), Kelantan (18/7), Kedah (15/5), Perak (14/6), Sarawak (9/5), Pulau Pinang (8/12), Terengganu (4/2), Melaka (4/2), Pahang (3/4), Kuala Lumpur (3/2), Negeri Sembilan (0/1) dan Perlis (0/1).

Bagaimana, Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan sebarang kematian bagi dua kategori itu.


Utusan Online semalam melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tempat kerja kembali mencatatkan jumlah terbanyak iaitu lima kluster Covid-19 daripada 12 kluster, hari ini, manakala Johor dan Selangor menjadi penyumbang terbanyak kluster.


“Selain tempat kerja, kumpulan berisiko tinggi merekodkan tiga kluster, dua kluster komuniti manakala pendidikan lain dan keagamaan, masing-masing satu kluster,” katanya. -UTUSAN ONLINE

SOURCE: UTUSAN

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.