Kerajaan beri dos ketiga vaksin, laksana pakej penjagaan Covid-19
SHAH ALAM - Kerajaan bersetuju untuk melaksana pemberian dos ke-3 vaksin Covid-19, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.Dalam pada itu, beliau berkata, keutamaan pemberian dos ke-3 akan tertumpu kepada kumpulan yang berisiko tinggi terlebih dahulu seperti anggota barisan hadapan kesihatan dan pesakit kurang daya tahan imun.
Katanya, kerajaan akan peruntuk lebih RM471.6 juta bagi pemberian Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) kepada Keluarga Malaysia kategori B40.
Kerajaan hari ini mengumumkan setuju untuk memberikan dos ketiga vaksin Covid-19 sebagai langkah meningkatkan perlindungan kepada orang ramai.
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata keutamaan akan diberikan kepada kumpulan berisiko tinggi terlebih dulu.
Katanya mereka termasuklah petugas barisan hadapan, pesakit kurang daya tahan imunisasi, warga tua dengan komorbiditi dan individu yang bekerja atau tinggal di pusat jangka panjang.
Menurut Ismail Sabri pemberian dos ketiga itu akan dibuat selepas liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara melebihi 80%. ADS
"Dos ke-3 ini dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan Covid-19, yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos ke-2.
"Untuk itu, panel pakar perubatan dan kesihatan sedang membangunkan garis panduan pelaksanaan pemberian dos ketiga ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu menurut Ismail Sabri juga mengumumkan peruntukan lebih RM471.6 juta bagi bantuan kepada golongan B40 melalui Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC).
Kata ahli parlimen Bera itu bantuan tersebut dibuat antara lain bagi meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah mereka, selain melatih diri membudayakan norma baru, sekali gus membantu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan virus Covid-19.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan mengagihkan bantuan PPC yang mengandungi:
- Pek pelitup muka guna semula (empat keping setiap keluarga);
- Kit ujian kendiri Covid-19 (4 kit setiap keluarga);
- 1 pulse oximeter;
- 1 termometer; serta
- Risalah panduan penggunaan dan info kesihatan.
SOURCE: Malaysiakini
Kongsikan artikel ini:
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.