Data Vaksin KKM Boleh Percepatkan Urusan MyKad Penduduk Asli Borneo Tanpa Dokumen

http://beritaup2date.blogspot.com/ Kementerian Dalam Negeri minta KKM kongsi data untuk bantu percepatkan urusan Mykad penduduk asli Borneo tanpa dokumen.

KDN minta KKM kongsi data untuk bantu penduduk asli Borneo tanpa dokumen.

Data Vaksin KKM Boleh Percepatkan Urusan MyKad Penduduk Asli Borneo Tanpa Dokumen. Kementerian Dalam Negeri telah meminta Dilaporkan bahawa, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) untuk berkongsi data yang boleh membantu untuk mempercepatkan lagi usaha memberi kewarganegaraan kepada penduduk asli Borneo tanpa dokumen pengenalan diri sah.

http://beritaup2date.blogspot.com/ Data Vaksin KKM Boleh Percepatkan Urusan MyKad Penduduk Asli Borneo Tanpa Dokumen

Berdasarkan program vaksinasi di Sarawak

Ini dapat dilakukan berdasarkan program vaksinasi di Sarawak, terutamanya bagi yang menggunakan pendekatan vaksin dahulu daftar kemudian.

“Kita alu-alukan kementerian-kementerian lain beri data, KKM atau Mosti untuk kita ambilkan tindakan,” kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Ismail Mohamed Said kepada Dewan Rakyat hari ini.


Beliau menjawab soalan tambahan daripada Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) pada sesi soalan lisan.


Lukanisman bertanya apakah kerajaan akan menggunakan data yang dikumpulkan daripada program vaksin Sarawak, yang memberi vaksin dahulu dan daftar kemudian untuk warga negara tanpa dokumen, untuk mengesan mereka dan memberikan mereka kewarganegaraan.

“Terdapat dakwaan masih ramai lagi, Orang Asal, Orang Penan di Sarawak dan Sabah tidak ada pengenalan diri,” kata beliau.



Jawatankuasa khas di Sabah dan Sarawak

Selain daripada meminta data daripada kementerian lain, Ismail berkata terdapat jawatankuasa khas di Sabah dan Sarawak yang sedang berusaha memberikan dokumen pengenalan kepada penduduk tanpa kewarganegaraan di Borneo.

Tambah beliau lagi, Jabatan Pendaftaran Negara memang mempunyai pasukan yang masuk ke kawasan pendalaman untuk mendaftarkan kelahiran dan kewarganegaraan melalui program jangkauan Menyemai Kasih Rakyat (Mekar).

SOURCE: Iloveborneo

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.