Suntikan Dos Ke-3 Vaksin Covid-19 Dijangka Mula Awal Oktober

http://beritaup2date.blogspot.com/ Khairy Jamaluddin

Jenis dos ke-3 vaksin Covid-19 sedang dikenal pasti

KUALA LUMPUR : Pelaksanaan suntikan dos ketiga dijangka bermula awal Oktober ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin Covid-19.


Beliau berkata, pemberian dos ketiga vaksin Covid-19 itu sebagai usaha meningkatkan perlindungan kepada golongan rentan daripada risiko jangkitan pandemik berkenaan.

http://beritaup2date.blogspot.com/Khairy Jamaluddin bersama Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi pada sidang akhbar di Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini.
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengumumkan jenis vaksin Covid-19 yang bakal digunakan sebagai dos ketiga atau dos penggalak selepas mendapat kelulusan daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya telah meminta semua pengeluar vaksin untuk mengemukakan maklumat berkaitan dos penggalak tersebut.


“Buat masa ini kita sedang mendapatkan maklumat daripada pengeluar vaksin berkaitan dos ketiga ini yang perlu mendapat kebenaran daripada NPRA.

“Ini kerana NPRA (pada masa ini) hanya beri kebenaran sebagai contoh vaksin jenis Pfizer dua dos, AstraZeneca dua dos dan Sinovac dua dos,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) negeri Kedah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan yang bersetuju untuk melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin Covid-19 apabila liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara melebihi 80 peratus.

Kata beliau, keputusan jenis vaksin itu dijangka diperoleh dalam masa kira-kira dua minggu dan pengumuman jenis vaksin bagi dos penggalak akan diumumkan selepas mendapat kelulusan NPRA sebelum pemberian dijangka dilaksanakan pada awal bulan depan.


“Kita akan umumkan jenis apa (vaksin) dan sama ada boleh campur atau tidak serta perlu ambil jenis vaksin yang sama atau tidak,” jelasnya.

Menurutnya, golongan rentan atau berisiko tinggi akan diberi keutamaan antaranya warga emas dengan masalah kesihatan kronik, petugas barisan hadapan yang mempunyai penyakit atau berisiko tinggi.

SOURCE: Sinar Harian

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.