Kematian kanak-kanak akibat Covid-19 meningkat

Kematian bayi akibat Covid-19 tahun ini meningkat seiring pertambahan kes jangkitan ke atas golongan itu.

Kuala Lumpur: Kematian bayi, kanak-kanak dan remaja akibat Covid-19, tahun ini meningkat seiring pertambahan kes jangkitan ke atas golongan itu.

Menurut data dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 41 kematian direkodkan sejak Januari hingga 30 Ogos lalu, berbanding hanya enam kematian pada 2020.


Data itu juga mencatat sejumlah 322,694 orang menjadi pesakit cilik Covid-19 sejak pandemik bermula hingga 30 Ogos 2021.

Nurmaisarah Leong, 54, bersama sukarelawan lain di bilik mayat menguruskan jenazah COVID-19 . Foto/Ihsan NurMaisarah
Tahun lalu, terdapat 12,620 jangkitan membabitkan usia kosong hingga 17 tahun, manakala 310,074 jangkitan dilaporkan dalam kalangan golongan itu pada tahun ini.

Mengikut pecahan, terdapat 3,180 kes jangkitan ke atas mereka berusia kosong hingga empat tahun pada 2020, dengan jumlah itu meningkat kepada 81,168 tahun ini.


Kadar kematian golongan itu tahun lalu pula adalah 0.09 atau tiga kematian, berbanding 15 kematian (0.02) tahun ini.

Bayi dijangkiti Covid-19 meninggal selepas 2 jam lahir
Bagi usia lima hingga enam tahun, sebanyak 1,227 kes jangkitan tahun lalu dan tiada kematian direkodkan, namun tahun ini ada 32,996 kes jangkitan termasuk satu kematian.

Selain itu, golongan kanak-kanak tujuh hingga 12 tahun mencatat peningkatan drastik dalam jumlah jangkitan tahun ini iaitu 106,828 kes, berbanding 4,071 kes tahun lalu.


Dalam tempoh itu juga, sembilan kematian direkodkan berbanding hanya satu tahun lalu.

Kategori usia 13 hingga 17 tahun pula menyaksikan peningkatan ketara tahun ini dengan 89,087 kes dan 16 kematian berbanding, 4,142 kes serta dua kematian pada 2020.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.