KJ minta rakyat Malaysia bersabar, SOP Kelonggaran rentas negeri tak lama lagi

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam sidang akhbar di Kementerian Kesihatan, Putrajaya. - FOTO/FAIZ ALIF ZUBIR

SOP Covid-19 baharu diumumkan tidak lama lagi – KJ

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia diminta bersabar untuk melakukan aktiviti rentas negeri bagi menziarahi keluarga masing-masing.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya dalam peringkat akhir memuktamadkan prosedur operasi standard (SOP) rentas negeri sebelum dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).


"Ada harapan (rentas negeri), cuma saya minta sabar sekejap," katanya pada sidang akhbar di kementeriannya di sini pada Jumaat.

Lebih banyak kelonggaran termasuk pergerakan rentas negeri akan diberikan dalam tempoh terdekat.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, ketika mengesahkan perkara itu menjelaskan perbincangan berhubung kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) giat dibuat, bersandarkan fakta sains dan petunjuk semasa.

Selain itu, katanya, kerajaan bertekad untuk meningkatkan kadar pemberian vaksin di negeri-negeri tertentu yang masih merekodkan liputan di bawah paras 60 peratus seperti Sabah, Kelantan, Kedah, Perak, Johor, Terengganu, Pahang dan Pulau Pinang.


"Saya sudah bincang perkara ini (pergerakan rentas negeri dan kelonggaran tertentu) dengan DG (Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) dan kita sudah putuskan beberapa siri cadangan.

"Ia akan dibentangkan dalam sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat. Ada harapan (untuk rentas negeri), cuma saya (minta) sabar sekejap lagi, sikit saja masa lagi.


"Ini kerana kita semua maklum bahawa pembukaan sempadan negeri untuk pergerakan, bakal mengundang risiko, justeru berikan kita tempoh sikit lagi.

"Ada beberapa negeri yang nilai ambang vaksinasi masih rendah, justeru menjelang September semua negeri akan capai liputan dos vaksin lengkap dalam kalangan individu dewasa sebanyak 60 peratus," katanya pada sidang media, hari ini.



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.