Kematian Covid-19 kembali melebihi 300 kes

Kematian Covid-19 kembali melebihi 300 kes

PUTRAJAYA: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 19,378 kes berbanding semalam 20,988 kes sekali gus diatasi kes sembuh iaitu 22,399 kes.

- GAMBAR HIASAN
Menurut Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 330 kematian dicatatkan dengan 975 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 463 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 259,189 kes aktif.


Katanya, Selangor yang kekal menjadi penyumbang terbesar merekodkan sebanyak 3,613 kes diikuti Sarawak (2,464), Sabah (2,404), Johor (2,331), Pulau Pinang (1,726), Kedah (1,470), Perak (1,389) dan Kelantan (1,356).


“Lima negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Kuala Lumpur (740), Pahang (559), Terengganu (532), Melaka (399) dan Negeri Sembilan (270).


“Perlis pula merekodkan 80 kes dan Putrajaya, 41 kes manakala Labuan haya empat kes sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- Utusan Malaysia

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.