Semoga nasib adik ni terbela dan dibesarkan orang yang lebih menyayanginya.. 😭 |
Tiada orang yang suka melihat anak kecil dipukul oleh ibu bapanya sendiri di tempat awam. Ini bukan hanya menjatuhkan air muka mereka, malahan boleh disifatkan sebagai satu penderaan secara terbuka.
Baru-baru ini tular di media sosial satu video memperlihatkan seorang lelaki melindungi seorang anak yang ditumbuk bapanyaa sendiri.
Dimuat naik seorang seorang penguna Twitter, @admqrie, video berkenaan sebenarnya berasal dari TikTok.
Eh bapak jenis apa kau sial! pic.twitter.com/iG7JvVNbJS
— problematic (@admqrie) September 8, 2021
Video sama dengan versi lebih panjang dalam masa sama turut tular di laman Facebook.
“Ini saya punya bapak, jangan”
Tindakan kejam si ayah yang dipercayai dibawah pengaruh dadah nyata menimbulkan kemarahan lelaki tersebut yang terus bertindak memberikan beberapa ‘das’ bagi mengajarnya.
Namun reaksi si anak yang tetap mempertahankan bapanya meskipun sudah dikasari sebegitu rupa nyata membuatkan netizen berasa sebak. Malah individu yang merakam video tersebut terus berhenti menyentuh si bapanya dipercayai kerana kasihan melihat tangisan si anak.
Seorang lelaki yang sukakan anak kecil
Hasil carian kami di TikTok, lelaki berkenaan sememangnya seorang yang menyayangi budak. Malahan sebelum sebulan seblum insiden kejadian dia dipercayai ada memuat video melayan seorang budak bernama Aishah dipercayai budak sama dalam video tular.Bukan setakat melayan kanak-kanak berkenaan, malahan dia juga dilihat menyikat rambut adik tersebut umpana anak sendiri.
“Saya nak jadi mak kau bapak kau”
Menerusi satu video dilihat menawarkan diri menjadi ibu bapa kepada anak kecil bernama Aishah itu memandangkan dia sendiri tidak mempunyai ibu bapa.“Saya nak jadi mak kau, bapa kau, saya juga takde mak takde bapa” katanya didalam video tersebut.
@aya_kl6 ♬ original sound - aya kl 0836
Difahmkan kisah mengenai kanak-kanak sama baru-baru ini tular selepas dia dipercayai menjadi mangsa dera bapanya di sekitar kawasan Chow Kit.@aya_kl6 ♬ original sound - aya kl 0836
Ekoran dari itu polis sedangn mengesan mangsa selepas dia dipercayai telah dilarikan bapanya ketika pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendak menemu bual mangsa.
Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan , aduan kemudian telah dibuat pegawai JKM berkenaan pada sabtu lalu.
“Pengadu merupakan seorang pegawai JKM yang mendapat maklumat daripada orang awam. Berdasarkan laporan, mangsa bersama neneknya didapati merayau di kawasan Chow Kit untuk mengemis.
“Pegawai JKM terbabit telah ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan mangsa namun telah dibawa lari oleh seorang lelaki dipercayai bapa mangsa,” katanya seperti yang dilaporkan Kosmo.
SOURCE: BuzzKini
Kongsikan artikel ini:
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.