Gambar ibunya yang OKU dikongsikan wanita tersebut di media sosial. |
PETALING JAYA – “Busukkan pampers (lampin) Ummi, kotor itu, nanti Ummi dah tak ada jangan takut dengan kubur Ummi ya”.
Demikian perkongsian seorang wanita berkenaan kisah silamnya yang dibesarkan oleh kedua ibu bapa kelainan upaya (OKU) sehingga berjaya membesarkannya dengan begitu sempurna.
Berdasarkan sebuah video berdurasi dua minit yang dikongsi @Syamimia_ di TikTok, wanita itu menceritakan cabaran ibunya yang buta dalam membesarkan dia dan keluarganya walaupun dicemuh ramai orang.
“Dibesarkan oleh seorang ibu tunggal yang buta, dia adalah manusia yang sempurna untuk saya.@syamimia_ It is hard to live in with curious and self-assuming citizens on someone’s life. ##foryou ##fyp ##mylife
♬ My Heart Will Go On - 吴奇 - 北京唯爱美艺文化传媒有限公司
“Dia menjual tisu pada waktu malam di kawasan Kuala Lumpur ,kadangkala wartawan mengambil gambarnya dan gelarnya sebagai pengemis sejak tahun 2000,” katanya dalam video itu.
Menerusi video itu, dia memberitahu ibunya telah menghembuskan nafas yang terakhir pada 1 Oktober di sisinya kerana kanser ovari tahap empat.
Perkongsian video itu telah mendapat perhatian orang ramai yang memuji ketabahan ibunya sanggup berniaga tisu pada waktu malam demi kelangsungan hidup.
“Ummi awak sangat kuat dalam membesarkan awak, saya harap ummi awak ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman,” jelas Nurshkilla.
Sehingga kini, perkongsian video tersebut meraih lebih dua juta tontonan dan 318,000 tanda suka di akaun TikTok miliknya. – K! ONLINE.
SOURCE: Kosmo!
Kongsikan artikel ini:
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.