Hentikan Penggunaan Spray sanitiser pada orang, kata Noor Hisham

Picture
RAMAI beranggapan penggunaan alat itu berupaya menghapuskan virus di udara dan juga di permukaan. Kandungan penyembur dari alat nano mist spray tidak selamat, ia dapat menyebabkan iritasi pada mata, kulit, saluran pernafasan dan juga sistem pencernaan, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Penggunaan nano mist spray tidak selamat, tidak sesuai dijadikan alat disinfeksi

KEMENTERIAN Kesihatan mengambil berat isu berkaitan keselamatan dan keberkesanan penggunaan nano mist spray sebagai alat disinfeksi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, tahap keberkesanan penggunaan nano mist spray untuk disinfeksi bergantung kepada keupayaan alat terbabit bagi menghasilkan semburan yang sekata pada permukaan, jenis dan kepekatan larutan yang digunakan serta tempoh masa pendedahan.


"Secara umumnya pada masa ini, larutan disinfeksi sedia ada seperti larutan yang mengandungi alkohol 70 hingga 90 peratus, hydrogen peroxide, thymol, quarternary ammonia dan juga larutan berasaskan klorin berkesan bagi membunuh virus SARS-CoV-2 di permukaan.

"Senarai larutan disinfeksi yang berkesan untuk SARS-CoV-2 boleh diperoleh di laman sesawang Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat yang menjadi rujukan seluruh dunia," kata Noor Hisham.


Noor Hisham memaklumkan tahap keberkesanan nano mist spray bergantung kepada keupayaan alat terbabit. — Bernama


Nano mist spray mula mendapat perhatian umum untuk digunakan sebagai alat disinfeksi bagi mengekang penularan Covid-19.

Ramai beranggapan penggunaan alat itu berupaya menghapuskan virus di udara dan juga di permukaan.

Jelas beliau lagi, larutan disinfeksi yang dinyatakan adalah bertujuan untuk proses nyahkuman di permukaan persekitaran dan tidak sesuai digunakan secara langsung ke atas manusia.


"Sesetengah larutan disinfeksi ini boleh menyebabkan iritasi pada mata, kulit, saluran pernafasan dan juga sistem pencernaan.

"KKM ingin menegaskan, penyemburan disinfeksi melalui nano mist tidak menggantikan keperluan disinfeksi permukaan secara manual," ujar Noor Hisham.

SOURCE: MSTAR

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.