Operasi 4 premis perniagaan hingga 12 tengah malam

http://beritaup2date.blogspot.com/ Restoran antara 4 premis perniagaan dibenarkan beroperasi secara seragam di semua fasa PPN mulai 6 pagi hingga 12 tengah malam. - Foto fail NSTP
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date


KUALA LUMPUR: Mesyuarat Kedua Menteri Kuartet hari ini bersetuju dengan cadangan supaya stesen minyak, restoran, kedai makan, kedai serbaneka dibenarkan beroperasi secara seragam di semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 6 pagi hingga 12 tengah malam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kebenaran itu bagaimanapun dikecualikan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).


"(Persetujuan) ini akan diangkat ke Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik esok untuk disyorkan oleh Perdana Menteri sebelum diputuskan tarikh berkuat kuasanya," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

SOURCE: BH

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.