Hishammuddin: Kerajaan akan memendekkan SOP Covid-19 dari 181 kepada 10 sahaja
PETALING JAYA – Kerajaan bercadang untuk mengurangkan sejumlah 181 prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) kepada 10 SOP.Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara itu akan dibincangkan bagi mempersiapkan negara untuk beralih ke fasa endemik penghujung bulan Oktober nanti.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein bercakap semasa sidang media di Parlimen, Kuala Lumpur 14,2021 September. - Gambar Bernama
“Kita akan kurangkan SOP sedia ada, target kita untuk kurangkan hanya kepada 10 SOP. Beri saya sedikit masa, tapi saya rasa ia akan memudahkan orang ramai faham SOP tersebut.
“Seterusnya, beberapa kelonggaran-kelonggaran telah dibincangkan dan dipersetujui serta dijangka Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan kelonggaran itu dalam masa terdekat ini,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 oleh bersama Menteri Kewangan, Tengku Zafrul, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa di Parlimen tadi. – K! ONLINE
SOURCE: Kosmo!
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date