Dr Noor Hisham Abdullah |
Kes harian tunjuk penurunan ke 15,669 kes, Selangor kembali jumlah tertinggi
PUTRAJAYA: Angka penularan COVID-19 di negara ini terus mencatatkan penurunan tiga hari berturut-turut apabila sebanyak 15,669 kes baharu dilaporkan hari ini berbanding 16,073 kes semalam.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti virus berkenaan kini sudah mencecah dua juta iaitu sejumlah 2,011,440 kes.
Malaysia terus merekodkan penurunan angka jangkitan harian kes COVID-19 dengan 15,669 kes dalam tempoh 24 jam lalu - Gambar fail |
Katanya, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes harian iaitu sejumlah 2,632 kes, diikuti Sarawak (1,983), Johor (1,974), Sabah (1,784), Pulau Pinang (1,651), Kelantan (1,406) dan Kedah (1,207).
Selain itu ialah Pahang dengan 763 kes baharu, Perak (856), Terengganu (483), Kuala Lumpur (411), Melaka (329), Negeri Sembilan (143), Perlis (30), Putrajaya (14) dan Labuan (3).
Pulau Pinang - 1,651 (111,156)
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 14, 2021
Kelantan - 1,406 (96,210)
Negeri Sembilan - 143 (94,766)
Perak - 856 (84,522)
Melaka - 329 (53,778)
Pahang - 763 (53,268)
Terengganu - 483 (43,988)
WP Labuan - 3 (9,890)
WP Putrajaya - 14 (5,762)
Perlis - 30 (2,862)
SOURCE: Awani
Kongsikan artikel ini: