‘Cinta itu buta, bagai kopi dan susu’ - Pasangan Nur Khamid dan Polly Alexandria

NUR Khamid dan Polly Alexandria berkenalan di tepi pantai di Bali.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



‘Cinta itu buta, bagai kopi dan susu’ - Pasangan Nur Khamid dan Polly Alexandria

JAWA TENGAH: Pasangan sejoli, Nur Khamid dengan Polly Alexandria pernah menggemparkan media sosial pada 2018 gara-gara hubungan percintaan mereka sehingga ke jenjang pelamin.


Walaupun sudah 3 tahun berlalu, masih ramai belum mengetahui bagaimana cara lelaki berasal dari Magelang itu memikat hati wanita cantik berkulit putih tersebut, lapor Suara.com.

Pasangan bak kopi dan susu ini asalnya bertemu di Pantai Double Six, Seminyak, Bali.

Picture
Nur Khamid dan Polly Alexandria. (instagram.com/pollyoddsocks)

Nur Khamid ketika itu bekerja sebagai Jurulatih Meluncur di Bali, sementara Polly merupakan pelancong yang sedang bercuti di Kota Dewata itu.
Picture
Karna Radheya dan Polly Alexandria Robinson (Instagram).

Berdasarkan maklumat daripada video di YouTube Nur Khamid berjudul Once in a Lifetime, lelaki itu menceritakan fakta unik mengenai cara dia mendekati wanita itu.


Katanya, dia mula tertarik dan berhasrat ingin berkenalan dengan gadis Eropah itu ketika melihat Polly sedang berjemur di tepi pantai.

Lelaki itu menggunakan taktik mengguling-gulingkan badannya sehingga menarik perhatian wanita itu.

Dipendekkan cerita, dia berjaya mengenali Polly lebih lanjut dan mengajaknya ke kedai makan.

Picture
Nur Khamid dan Polly Alexandria, pasangan berbeza negara yang viral.

Selepas itu, mereka bertukar-tukar nombor telefon dan sentiasa berhubung kerana jarak memisahkan mereka berjumpa secara fizikal.

Cinta mereka ternyata kuat sehinggalah disahkan menjadi pasangan suami isteri pada 18 Disember 2018.

Selepas tiga tahun berkongsi kasih dan menjalani kehidupan bersama, mereka akhirnya dikurniakan seorang anak, Mac lalu.


Berita gembira itu diumumkan dalam Instagram milik mereka berdua.

Namun, jantina dan rupa paras bayi itu masih menjadi teka teki kerana pasangan itu masih merahsiakan sehingga sekarang.

SOURCE: UTUSAN

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.