Allahhuu mengalir air mata tengok adik ni |
Siapa yang tidak menyayangi anak kecil yang sudah dijaga dan diasuh sedari dia bayi lagi. Namun, apabila tiba masa terpaksa berpisah, ia adalah satu momen yang sangat menyedihkan.
Menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna tiktok yang dikenali sebagai Ara Chantik, dia telah mencerita perihal anaknya yang terpaksa diserahkan semula kepada ibu bapa kandung kanak-kanak tersebut.
Berdasarkan video yang dikongsikan , kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sedang menangis teresak-esak sehingga meraung ketika kereta sedang bergerak pergi meninggalkan kawasan rumah itu.
Kanak-kanak itu dilihat menghulurkan tangan seperti mahu diambil namun di pujuk oleh ibunya di dalam kereta agar lebih tenang untuk berpisah dengan penjaganya iaitu Ara.
Menurut Ara pula, dia telah menjaga anak adiknya semenjak bayi lagi dan menyayanginya seperti anak sendiri namun anak itu terpaksa dikembalikan kerana itu adalah keluarga kandungnya.
“Saya jaga anak adik dari kecil. Ini mak ayah dia ambil. Rindu adik walaupun bukan adik kandung tapi sayang tak terhingga 2 tahun bersama. Sabar ye, nanti adik balik.”
Difahamkan, kanak-kanak yang digelar dengan panggilan ‘Adik’ perlu pulang semula ke pangkuan ibu bapa kandungnya. Menurut Ara, meskipun berat untuk melepaskan namun dia perlu redha dan terima dengan hati yang terbuka.
“Anak dara kami sorg nie je dapat jaga adiq marah klw dipanggil baby terus digelar diri die kakak. sayang sgt kat adiq die”
Dalam pada masa itu, Ara menganggap itu adalah anugerah Allah yang dipinjamkan seketika untuknya dan berharap agar mereka dapat berjumpa lagi.
Perkongsian Ara itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang juga turut sebak dengan perkara itu malah ada juga yang bertanya kenapa anak itu harus dipulangkan.
“Dia dah sayang awak macam mak sendiri tu. Takpe dia kecik lagi bukan faham yang dia tahu awak ibu dia. sebak saya.” komen seorang netizen.
“Sakitnya melepaskan yg sememangnya bukan milik kita”
@chantik_arasakitnya melepaskan yg sememangnya bukan milik kita梁梁梁♬ Denting – Fadhilah Intan ✨
“Anak dara kami sorg nie je”
Sertai saluran Telegram kami untuk mendapatkan lebih banyak berita semasa dan terkini https://t.me/BeritaUp2Date@chantik_araanak dara kami sorg nie je… dapat jaga adiq marah klw dipanggil baby terus digelar diri die kakak.. sayang sgt kat adiq die❤️❤️♬ original sound – official_achik asrain
Kongsikan artikel ini:
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.