Ibu kandung, kekasih didakwa bunuh anak berusia 3 tahun

SEORANG wanita bersama teman lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Bandar Baru hari ini kerana menyebabkan kematian seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang merupakan anak kandung wanita tersebut.- UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

Pasangan kekasih didakwa bunuh kanak-kanak 3 tahun

BANGI: Seorang wanita dan teman lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang juga anak kandung wanita itu, dalam kejadian minggu lalu.


Tiada pengakuan direkodkan daripada Ieda Nor Esbi Baharuddin, 35, dan Norazizol Baharum, 34, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen yang bertindak sebagai Majistret, Effandi Nazila Abdullah.

Ieda Nor Esbi hadir di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi untuk pertuduhan membunuh anak lelaki yang berusia 3 tahun minggu lalu.
Wanita itu dan teman lelakinya didakwa dengan niat secara bersama dan sengaja membunuh mangsa di di sebuah rumah di Seksyen dua, Bandar Baru Bangi, di sini antara pukul 6.30 pagi dan 10.41 malam, 2 September lalu.

Tuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid manakala tertuduh-tertuduh tidak diwakili peguam.


Mahkamah kemudiannya menetapkan 14 Oktober ini untuk sebutan kes dan serahan laporan kimia.

Norazizol Baharum hadir di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi pada Jumaat untuk pertuduhan membunuh anak kekasihnya minggu lalu.
Media sebelum ini melaporkan bahawa Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan memaklumkan seorang kanak-kanak parah selepas disyaki didera teman lelaki ibunya di rumah sewa mereka, di sini.


Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital swasta pada 2 September lalu.

SOURCE: Utusan Online

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.