“Wanita hamil perlu secepat mungkin divaksinasi” – Dr Amalina Che Bakri

Picture
Pelatih Pakar Bedah, Dr. Amalina Che Bakri

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)





Pelatih Pakar Bedah, Dr. Amalina Che Bakri menasihati wanita hamil mendapatkan vaksin Covid-19 secepat mungkin berikutan golongan itu berisiko tinggi mendapat jangkitan teruk, melahirkan bayi pramatang atau kematian.

Katanya, kajian melibatkan 7,530 wanita hamil menerima vaksin dan 7,530 tidak divaksin, menunjukkan yang sudah di vaksin, kurang berisiko mendapat jangkitan berbanding mereka yang tidak divaksin.

“Setakat ini seramai 130,000 wanita hamil di Amerika Syarikat (AS) dan 50,000 di United Kingdom (UK) sudah mendapat vaksin, tanpa ada isu keselamatan terhadap ibu dan bayi. Ia menunjukkan vaksin adalah selamat untuk ibu mengandung dan kandungan.

“Data dari UK menunjukkan ibu mengandung yang mendapat dua dos lengkap tidak dimasukkan ke hospital kerana Covid-19 kerana mereka sudah mendapat perlindungan, sebaliknya mereka yang mendapat jangkitan teruk adalah yang tidak divaksin atau belum mendapat dos kedua,” tulisnya di Instagram.

Beliau turut memetik Kajian Kolej Diraja Obstetrik dan Ginekologi (RCOG) yang mendedahkan vaksin boleh diberi kepada ibu mengandung tidak kira tahap kehamilan.


“Wanita mengandung perlu melengkapkan dua dos sebelum melahirkan atau sebelum masuk trimester ketiga kerana ini adalah peringkat yang paling genting.

“Pada tahap ini risiko paling tinggi tanpa mengira umur wanita hamil. Justeru golongan ini digalakkan untuk mendapat vaksin kerana risiko yang tinggi kepada mereka,” katanya.

Untuk di Malaysia, katanya wanita boleh berbincang dengan Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G) untuk berbincang mengenai kebaikan dan risiko.

“Sekiranya anda mahu vaksinasi, boleh dapatkan surat daripada Pakar O&G untuk diberikan kepada pusat vaksin sekiranya anda bukan berada dalam usia kandungan 14-33 minggu,” katanya.

Dr. Amalina turut menegaskan vaksin tidak menyebabkan masalah kesuburan atau meningkatkan risiko keguguran.

Kelmarin, negara meratapi pemergian penyanyi Siti Sarah yang meninggal dunia selepas dijangkitan Covid-19 pada usia kandungan tujuh bulan. Bagaimanapun bayi yang dilahirkan menerusi kaedah pembedahan itu, dilaporkan selamat.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.