KEMENTERIAN Pendidikan disaran jika membuka sekolah perlulah dibuat secara berperingkat dan perlu mengadakan ujian saringan RTK terhadap setiap pelajar. |
Buka sekolah secara berperingkat, buat saringan RTK kepada pelajar
Kementerian Pendidikan dicadangkan tidak meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka bulan depan kerana dikhuatiri sesi yang cuma berbaki kira-kira dua bulan tahun ini akan mencetuskan kluster pendidikan yang banyak.
Sesi pembelajaran secara fizikal sangat berisiko mewujudkan kluster baharu selain membebankan ibu bapa yang perlu membeli kelengkapan sekolah dan pengangkutan untuk tempoh yang singkat iaitu kira-kira 8 Bulan.
Jika tidak, sesi persekolahan perlu dibuka secara berperingkat dengan memberi keutamaan kepada pelajar yang mengambil peperiksaan terlebih dahulu.
Malah, pembukaan sesi persekolahan wajar dibuat dengan garis ketetapan prosedur operasi standard (SOP) ketat dan terperinci terutama membabitkan SOP pengambilan serta penghantaran pelajar melibatkan sekolah dalam dan luar bandar, waktu rehat, sesi persekolahan serta perkhidmatan bas sekolah.
GELAGAT pelajar tahun satu ketika hadir ke sekolah pada hari pertama persekolahan 2021 di Sekolah Kebangsaan pada Mac lalu. |
SOP perlu lebih terperinci jika KPM mahu buka sekolah September ini - Pensyarah
Jika keadaan itu berlaku, beliau berkata ia bukan sahaja memberi risiko kepada kumpulan tersebut, tetapi juga golongan berisiko tinggi yang tinggal bersama kanak-kanak dan pelajar berkenaan.
"Mungkin mereka mendapat daripada rakan-rakan di sekolah dan akhirnya membawa pulang virus itu ke rumah. Jika di rumah itu mempunyai ahli keluarga yang belum divaksin, ahli keluarga yang lebih tua, atau mempunyai penyakit yang berisiko untuk mendapat jangkitan, maka ini akan menimbulkan lebih banyak masalah kepada pihak keluarga. Tentu ini perkara yang tidak dinginkan berlaku.
"Maka sebagai ibu bapa, mereka bukan sahaja memikirkan tentang isu pendidikan anak-anak, tetapi juga harus memikirkan tentang soal keselamatan dan kesihatan ahli-ahli keluarga yang lain," katanya dalam rakaman video yang dimuat naik di Facebooknya, hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab persoalan mengenai risiko sekiranya KPM bertegas untuk membuka sekolah.
SOP perlu lebih terperinci jika KPM mahu buka sekolah September ini |
Jelasnya, penyelesaian terbaik ketika ini ialah untuk tidak membuka sekolah, sebaliknya meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sehingga sesi persekolahan 2021 berakhir.
"Jadi pada saya dengan tempoh masa yang ada dari bulan 9 sehingga akhir tahun, pelajar hanya ada di sekolah sekitar lapan minggu sahaja lagi.
"Pada saya, sekolah kekal ditutup sehingga hujung tahun dan meneruskan PdPR selama lapan minggu sehingga sesi sekolah 2021 selesai," katanya lagi.
Anuar menambah, selepas lebih setahun pelaksanaan PdPR, para guru juga dilihat telah menambah baik kaedah tersebut dan berinovasi dengan peralatan-peralatan pengajaran.
Bagaimanapun, jika KPM kekal dengan keputusan untuk membuka sekolah secara berperingkat, Anuar berkata kementerian itu perlu menerangkan secara terperinci mengenai kaedan dan prosedur operasi (SOP) yang akan digunakan.
"Misalnya zon mana yang akan dibuka sekolah, apakah proses-proses yang akan dilakukan dan bagaimana SOP yang telah dikemas kini berbanding SOP pada April lalu? Bagaimanakah jaminan ini dapat diberikan kepada ibu bapa supaya anak-anak berada dalam keadaan lebih selamat apabila ke sekolah nanti?," katanya.
Sebelum ini, KPM berkata perincian lanjut mengenai pembukaan sekolah bagi sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka akan dimaklumkan selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka.