Syarikat Howler Brewing, Choc Milk Stout di South Gippsland, Victoria mengguna pakai logo minuman alkohol hampir menyerupai minuman coklat dalam tin popular berwarna hijau. |
VICTORIA: Sebuah syarikat minuman alkohol dilarang daripada mengiklankan dan mempromosikan salah satu jenama minuman tersebut selepas seorang kanak-kanak menjadi mabuk akibat mempercayai minuman yang disangkakan air Milo.
Syarikat Howler Brewing, Choc Milk Stout di South Gippsland, Victoria mengguna pakai logo minuman alkohol hampir menyerupai minuman coklat dalam tin popular berwarna hijau.
Ibu bapa kepada kanak-kanak itu yang menyangkakan ia adalah minuman coklat susu kemudian membuat aduan kepada pihak pengiklan minuman alkohol.
Suruhanjaya Victoria bagi Peraturan Minuman Keras melarang Howler mengeluarkan iklan dan promosi Choc Milk Stout dalam bentuk sekarang.
Suruhanjaya itu mendapati produk minuman itu melanggar peraturan berkaitan pengiklanan alkohol termasuk penyampaian komunikasi yang tidak mempengaruhi kanak-kanak. -AGENSI