Wanita dijel 7 tahun 4 minggu bantu penipu Nigeria pindahkan lebih S$2j ke luar Singapura

Gambar fail. (Gambar: Marcus Mark Ramos)



SINGAPURA: Seorang keldai wang berusia 46 tahun dihukum penjara 84 bulan (atau tujuh tahun dan empat minggu) iaitu antara hukuman paling berat dikenakan bagi kesalahan sedemikian.

Rohaiza Alap menyediakan 25 akaun bank kepada penipuan luar negara dan merekrut keldai-keldai wang lain.

Timbalan Pendakwa Raya Ang Siok Chen memberitahu mahkamah bahawa Rohaiza terbabit dalam pengubahan wang haram selepas dia mengenali teman lelakinya, seorang warga Nigeria yang dinamakan sebagai Christian dalam dokumen mahkamah, sekitar Januari 2013.

Pendakwa berkata Rohaiza tahu bahawa Christian, yang berpangkalan di Malaysia, "terlibat dalam menipu orang ramai di seluruh dunia".

Rohaiza mengubah wang haram lebih S$1.3 juta menerusi akaun-akaun tersebut dan membantu untuk memindahkan lebih S$2 juta ke luar Singapura.

Wang hasil penipuan dimasukkan ke akaun-akaun bank milik Rohaiza dan mereka yang direkrutnya.

Mereka mengambil bahagian masing-masing sebelum menyalurkan baki wang kepada penjenayah warga Nigeria itu.

Rohaiza juga cuba menghalang siasatan dengan meminta salah seorang rakan subahatnya supaya berbohong kepada pihak berkuasa.

- CNA/ZM/fz

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.