Polis nafi Sarah Irdina dipaksa bogel dalam lokap

Aktivis Sarah Irdina 'trauma kena lokap, dakwa polis ancam keluarga'

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)





PETALING JAYA: Polis menafikan dakwaan seorang aktivis, Sarah Irdina Arif, dipaksa berbogel sebelum menukar baju lokap polis selepas ditahan atas tuduhan menghasut di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai, berkata proses penempatan beliau ke lokap pada 29 Julai lalu, menepati prosedur ditetapkan mengikut Kaedah-Kaedah Lokap 1953 dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara A118.

Beliau berkata, sebelum dimasukkan ke sel lokap, setiap tahanan dibawa ke bilik khas untuk diperiksa petugas lokap dan bagi kes Sarah Irdina, dia diperiksa anggota lokap wanita, bagi memastikan tiada sebarang kecederaan fizikal atau tiada barang salah dibawa masuk ke lokap.

Beh menjelaskan, aktivis berusia 20 tahun itu menukar pakaiannya kepada pakaian lokap berwarna ungu dan ia dilakukan dalam bilik khas yang tidak boleh dilihat individu lain.

“Sepanjang penahanannya dalam lokap, SOP lokap dipatuhi sepenuhnya. Sel lokap beliau hanya ditempatkan petugas dan tahanan wanita sahaja.


“Petugas atau tahanan lelaki adalah tidak dibenarkan lalu atau masuk ke kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Beh berkata, aktivis itu yang ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 di Lokap Berpusat Kuala Lumpur, Jinjang, kemudian dibebaskan dengan jaminan polis pada keesokannya.

Menurut laporan MalaysiaKini, Sarah Irdina, mendakwa dipaksa bogel dan membuka pakaian dalamnya ketika berada dalam lokap tahanan.

Picture
Beh Eng Lai, berkata aktivis berkenaan diperiksa anggota lokap wanita, selain ditempatkan di lokap wanita bersama petugas wanita.

Wanita berkenaan berkongsi pengalaman hampir 11 jam dalam lokap berkenaan, berkata polis tidak hanya mengugut dirinya, malah ahli keluarganya.

Picture
Aktivis Sekretariat Solidariti Rakyat Tharma Pillai, Afiq Adib dan Muhammad Alshatri bersama peguam mereka, 29 Julai 2021. - Gambar dari Twitter / Asraf Sharafi

Ini susulan catatannya di Twitter, mengenai bantahan #Lawan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, semalam, bagi menuntut pengunduran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, susulan peningkatan mendadak kes Covid-19.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.