Hantaran dimuat naik Nur Jannah yang mendakwa ibunya tersalah menerima suntikan vaksin di PPV Dewan Al Hana, Sik pada Khamis lalu. |
SIK – Seorang wanita mendakwa ibunya tersalah menerima vaksin jenis Sinovac untuk dos kedua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Al Hana di sini pada Khamis lalu.
Menurut wanita terbabit, Nur Jannah Ramli, 30, ibunya, Melur Ahmad, 58, dari Kampung Selamat B di sini telah disuntik vaksin jenis Sinovac bagi dos kedua sedangkan dos pertama daripada jenis Pfizer.
“Di tempat yang sama semasa menerima dos pertama pada 15 Julai lalu, ibu disuntik vaksin jenis Pfizer tetapi kali kedua vaksin jenis Sinovac pula.
Dakwanya, ibunya memaklumkan jururawat tidak melihat kad vaksinasi yang diterimanya semasa menerima suntikan pertama.
“Bapa saya, Ramli Taib, 57, yang menemani ibu ketika itu memberitahu saya mengenai penerangan pegawai tersebut tentang campuran vaksin yang digunakan oleh negara luar dan jika ada kesan segara hubungi pihak hospital untuk tindakan segera.