Ratusan penduduk UK sudah divaksin masuk hospital akibat varian Delta

LONDON: Ratusan individu yang sudah menerima suntikan vaksin sepenuhnya di England dimasukkan ke hospital akibat mendapat jangkitan varian Delta.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)




Agensi Kesihatan Awam England (PHE) menerusi kemas kini data kes Covid-19 turut memberi amaran terdapat petunjuk awal individu yang sudah menerima vaksin boleh menyebarkan jangkitan varian Delta seperti individu yang belum menerima suntikan vaksin.

PHE memaklumkan sebanyak 55.1 peratus bersamaan 1,467 orang dimasukkan ke hospital sejak 19 Julai hingga 2 Ogos akibat mendapat jangkitan varian Delta belum divaksin.

Manakala, sebanyak 34.9 peratus atau bersamaan 512 orang sudah menerima suntikan vaksin dua dos.

Semua vaksin yang digunakan di United Kingdom iaitu AstraZeneca, Moderna dan Pfizer-BioNTech memerlukan dua suntikan.

Sebanyak 75 peratus golongan dewasa di UK sudah menerima dua suntikan vaksin sehingga hari ini.

“Kita juga menyaksikan peratusan lebih tinggi individu yang sudah divaksin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan varian Delta,” jelasnya. -AGENSI

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.