Selangor tertinggi kematian; 69 kes BID meninggal di rumah

Trend kes BID membimbangkan



PUTRAJAYA: Selangor kembali menjadi penyumbang kematian Covid-19 tertinggi iaitu 105 kes daripada jumlah hari ini iaitu 265 kes selepas diatasi Johor selama dua hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Johor pula menduduki tangga kedua dengan 39 kes diikuti 23 kes di Sabah, 19 kes di Kedah, masing-masing 18 kes di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, 12 kes di Negeri Sembilan, sembilan kes di Perak, enam kes di Sarawak, masing-masing lima kes di Kelantan dan Pahang, empat kes di Melaka serta dua kes di Terengganu.

“Kematian melibatkan 161 lelaki dan 104 wanita dengan 46 warga asing dan seramai 199 daripada 265 kes, mempunyai pelbagai latar belakang penyakit.

“Selain itu, seramai 69 pesakit meninggal dunia di rumah sebelum dibawa ke hospital untuk tindakan susulan dengan termasuk 18 warga asing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia terus mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 22,642 kes berbanding semalam, 20,837 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 20,798 kes dengan 1,003 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 490 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 264,292 kes aktif.


ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil gambar rakannya sebelum bermula Program Imunisasi Covid-19 Pulau Perhentian di Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian.
Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 6,325 kes diikuti Sabah (3,224), Kedah (2,279), Johor (1,832), Sarawak (1,667), Pulau Pinang (1,427), Kelantan (1,424), Perak (1,390) dan Kuala Lumpur (1,128).

“Empat negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Terengganu (744), Pahang (522), Melaka (342) dan Negeri Sembilan (269).

“Perlis pula mencatatkan 44 kes dan Putrajaya, 21 kes manakala Labuan hanya empat kes,” katanya.

Mengulas mengenai 42 kluster baharu, beliau berkata, tempat kerja terus menjadi penyumbang terbanyak iaitu 23 kluster serta 13 kluster komuniti serta lima kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster pusat tahanan.

Katanya, kluster tempat kerja melibatkan Selangor dan Johor, masing-masing mencatatkan lima kluster; Kelantan, Perak dan Pulau Pinang, masing-masing tiga kluster; dua di Kedah manakala Kuala Lumpur dan Pahang, masing-masing satu kluster.

“Kluster komuniti, lima di Kelantan; Perak dan Terengganu, masing-masing dua kluster manakala Johor, Negeri Sembilan, Sarawak, Selangor, masing-masing satu kluster.

“Bagi kluster kumpulan berisiko tinggi, dua di Johor serta Perak, Sarawak dan Selangor, masing-masing satu kluster manakala kluster pusat tahanan, satu di Johor,” katanya.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.