Covid-22 Lebih Bahaya Dari Varian Delta - Pakar

Belum reda varian Delta, saintis menjangka ada satu lagi varian baru yang lebih bahaya.

Covid-22 Lebih Bahaya Dari Varian Delta, Pakar Switzerland Beri Amaran



SEJAK awal kemunculannya sehingga ke hari ini, virus Covid-19 tidak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti menjangkiti manusia.

Satu demi satu varian ditemui dengan pelbagai gejala berbahaya menjadikan usaha memutuskan rantaian jangkitan semakin sukar.

Ramai yang beranggapan varian Delta yang mudah berjangkit dan mengakibatkan gejala serius sehingga membawa maut adalah yang paling teruk.

Namun ada lagi yang lebih menggerunkan dijangka muncul. Menurut laporan Insider Paper, Pakar Imunologi Switzerland dari Institut Teknologi Persekutuan ETH Zurich, Prof Dr Sai Reddy menjangkakan varian terbaru yang dinamakan sebagai Covid-22 bakal menyerang dunia.

Prof Reddy memberitahu akhbar Jerman, Blick bahawa Delta yang dijuluki nama sebagai Covid-21 adalah varian yang paling mudah menular.


Pakar Imunologi Switzerland Institut Teknologi Persekutuan ETH Zurich, Prof Dr Sai Reddy
Beliau berkata dua Varian Yang Membimbangkan (VOC) iaitu Beta yang ditemui di Afrika Selatan dan dan Gamma dari Brazil yang telah bermutasi memungkinkan ia membolosi antibodi pada tahap tertentu.

Sebaliknya, Delta pula jauh lebih mudah menular tetapi belum mengalami mutasi seperti itu.

“Jika Beta atau Gamma menjadi lebih menular atau jika Delta mengalami mutasi, maka kita dapat berbicara tentang fasa baru wabak ini.

“Ini akan menjadi masalah besar pada tahun mendatang. Covid-22 boleh menjadi lebih teruk daripada yang kita alami sekarang,” kata Reddy.

Prof Reddy menyatakan bahawa penemuan saintifik baru-baru ini menunjukkan bahawa viral load varian Delta sangat tinggi sehingga sesiapa yang dijangkiti dan tidak divaksinasi dapat menjadi ‘super spreader.’


Infografik Varian Delta
Dalam kata lain, kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas berpotensi menjadi pembawa wabak itu.

Sementara itu, beliau mendakwa dalam usaha untuk meningkatkan antibodi, mendapatkan suntikan dos ketiga antara yang dicadangkan.

Setakat ini, masih belum terdapat kes jangkitan varian Covid-22 direkodkan.

Sumber: Insider Paper

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.