![]() |
Pelajar Universiti Antarabangsa Florida menerima vaksin Pfizer Covid-19 dalam kampusnya di Miami semalam. (Gambar Getty) |
LONDON: Penyelidik di Britain berkata, perlindungan daripada Covid-19 oleh vaksin dua dos Pfizer/BioNTech dan Oxford/AstraZeneca mula merosot dalam tempoh enam bulan, oleh itu terdapat keperluan untuk suntikan penggalak.
Analisis data yang dikumpul dalam kajian Covid-19 ZOE di Britain mendapati selepas lima hingga enam bulan, keberkesanan vaksin Pfizer untuk mencegah jangkitan Covid-19 pada bulan selepas dos kedua berkurangan daripada 88% kepada 74%.
Bagi vaksin AstraZeneca, keberkesanan merosot daripada 77% kepada 67% selepas empat hingga lima bulan.
Kajian itu berdasarkan data yang diperolehi daripada lebih 1.2 juta hasil ujian.
Analisis data sebelum ini menunjukkan vaksin memberi perlindungan sekurang-kurangnya enam bulan.
![]() |
Ketua penyiasat kajian Covid-19 ZOE, Tim Spector |
“Ini memerlukan tindakan. Kita tidak boleh hanya duduk dan melihat tahap perlindungan semakin menghilang ketika kes dan peluang jangkitan masih tinggi,” kata Spector kepada BBC televisyen.
![]() |
Keberkesanan vaksin Pfizer pada bulan selepas dos ke-2 berkurangan daripada 88% kepada 74%, sementara keberkesanan AstraZeneca merosot daripada 77% kepada 67% selepas 4 hingga 5 bulan. |