Saintis Tawar RM25,000 Untuk Sukarelawan Yang Sanggup Dijangkiti Varian Delta

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Agak-agak, ada ke yang sanggup? Tawaran untuk antivaksin, semoga bukan sembang kari kata “percaya pada antibodi sendiri” atau “covid ini flu sahaja” -Walk the talk lah kan 😉
(📸 ©thepattayanews.com)
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Sekumpulan saintis di United Kingdom (UK) kini sedang mencari beberapa sukarelawan yang sanggup dijangkiti dengan wabak COVID-19 varian Delta

Menerusi laporan WSJ, kumpulan penyelidik dari Kolej Imperial London dan Universiti Oxford sedang menjalankan satu kajian khas dengan membuatkan peserta kajian dijangkiti secara sengaja di dalam makmal bagi mengenalpasti proses mutasi virus berkenaan.

Kerjasama ini juga dilakukan untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi membangunkan vaksin dan cara rawatan terbaharu Covid-19 dengan kerjasama, syarikat hVivo.

“Proses membiakkan varian Delta lebih sukar dari varian asal Covid-19 kerana mutasi yang mengubah struktur protein dan kultur virus.

“Namun pasukan penyelidik kami sudah berhasil membiakkan jumlah yang mencukupi untuk memulakan kajian di peringkat awal,” kata ahli virologi dan Ketua Saintis hVivo, Andrew Catchpole.


China Salahkan Sepanyol Dakwa Covid-19 bermula Dari Barcelona Bukan Wuhan
Menurut pakar jangkitan virus pernafasan, Dr. Garth Rapeport memberitahu, proses ini bagaimanapaun tidak sama dengan penghasilan vaksin kerana prosesnya yang lebih rumit.

Antaranya semasa proses dilakukan, kumpulan saintis tersebut perlu memastikan agar virus yang dibiakkan tidak bermutasi dan menghasilkan varian baharu dalam tempoh ditetapkan.


Difahamkan bagi kajian ini, mereka memerlukan seramai 40 sukarelawan muda yang sihat tubuh badan dimana setiap dari mereka akan menerima bayaran sehingga £4,500 (RM25,800)


Mereka bagaimanapun lebih mengutamakan individu berusia antara 18 hingga 30 tahun yang berisiko paling rendah dijangkiti Covid-19.
Selain itu syarat wajib sebelum terpilih adalah tidak merokok, tidak mempunyai sejarah dijangkiti atau mempunyai gejala Covid-19, mempunyai tahap kesihatan terbaik dan juga berat badan (BMI) yang ideal.

SOURCE: WSJ via Buzzkini

Kongsikan artikel ini:


***Jangan lupa Like facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.