Mangsa dilaporkan dipaksa berkahwin, ketika dia masih kecil. Dia kemudian bercerai, dan baru-baru ini menolak untuk berkahwin semula. Kredit Gambar: Media Iraq
BAGHDAD: Seorang wanita di Iraq dibunuh secara kejam oleh abangnya ketika pulang dari tempat kerja.
Lapor Gulf News, Nourzan Al Shammari, 30, ditemukan maut dalam keadaan terbaring di tepi jalan di kota Baghdad.
Satu rakaman video yang memaparkan insiden mengerikan itu menjadi tular di laman media sosial.
Video itu menunjukkan Nourzan dalam keadaan berlumuran darah dengan beberapa kesan tikaman.
Rakaman video tersebut mengundang kemarahan warganet dengan rata-rata mengecam pembunuhan itu.
Sementara itu, polis berkata, pihaknya berjaya menahan individu yang terlibat dalam kes pembunuhan itu.
“Individu itu ditahan dalam masa yang singkat,” jelas polis menerusi kenyataan.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Mejar Jeneral Saad Maan mendedahkan individu tersebut merupakan abang Nourzan.
Tambahnya, individu itu dibantu oleh sepupunya yang masih diburu polis.
“Suspek mengaku membunuh wanita itu kerana masalah keluarga,” kata Saad Maan dalam kenyataan.
Media tempatan melaporkan, mangsa dipaksa berkahwin ketika dia masih muda.
“Dia kemudian bercerai dan enggan berkahwin lagi,” jelas laporan itu. – AGENSI
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.