Rasuah doktor untuk dapatkan sijil vaksin?

Picture
Kinik swasta itu memaklumkan menerima banyak panggilan telefon sejak kebelakangan ini yang mahu 'membeli' sijil vaksinasi berkenaan.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)





KELONGGARAN yang diberikan kerajaan terhadap individu menerima vaksin lengkap menyebabkan ada pihak yang mengambil kesempatan untuk ‘membeli’ sijil vaksinasi daripada klinik swasta.

Menerusi hantaran Facebook Kilinik Mediveron-pg memaklumkan pihaknya menerima banyak panggilan telefon sejak kebelakangan ini yang mahu ‘membeli’ sijil vaksinasi berkenaan.

Klinik swasta itu mendakwa, permintaan berkenaan dipercayai dibuat golongan anti vaksin yang sanggup menawarkan sehingga RM1,000 untuk mendapatkan sijil terbabit.

“Kami menerima banyak panggilan telefon daripada orang ramai sejak kebelakangan ini,” tulis hantaran itu.

Klinik itu juga mendakwa kebanyakan pemanggil mengakui tidak mahu dicucuk vaksin tetapi boleh membayar untuk mendapatkan perkhidmatan berkenaan.



“Doktor kami tak terima duit rasuah haram!,” tulisnya.

Hantaran yang dimuat naik semalam itu menerima 63 komen dan 97 perkongsian dengan rata-rata netizen meminta klinik berkenaan membuat laporan polis berhubung isu tersebut.

Nazirul Jijon Azhar berkata: “Tahniah klinik..jangan bagi muka..rasuah seronok kejap ja. Bila kantoi merana selamanya.”

Nazir Jamal berkata: “Harap doktor atau yang terlibat boleh laporkan kes ni ke mana-mana pejabat SPRM yang berdekatan.

“Kita tak boleh berkompromi dengan “penjenayah jadian” seperti ini yg boleh membahayakan individu lain di musim pandemik ni.”

Nurul Akmar Tajul Ariffin berkata: “Kegagalan melaporkan rasuah adalah satu kesalahan. Mohon pemilik klinik tampil membuat laporan polis.atau Di sabitkan menyebarkan berita palsu.”

Sementara itu dalam hantaran sama, klinik itu juga meminta supaya golongan anti-vaksin berhenti daripada terus merasuah doktor.

Baru-baru ini, kerajaan memberi beberapa kelonggaran terhadap individu yang lengkap menerima vaksin Covid-19 dengan hanya menunjukkan sijil digital vaksinasi yang dipaparkan di aplikasi MySejahtera.

Ia termasuk kemudahan perjalanan rentas negeri dan daerah mahupun aktiviti sosial lain bagi negeri fasa kedua selain kebenaran ‘dine-in’ serta solat di masjid untuk semua negeri.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.