Lebih baik kita beringat, ikut pesanan pegawai polis ni agar tidak menjadi mangsa pihak-pihak yg tidak bertanggungjawab. 👍
Mustahak! Kemaskini 2 langkah pengesahan (2 step verification) dalam aplikasi Whatsapp untuk langkah-langkah pencegahan daripada Whatsapp anda dihack!
Boleh dikatakan semua antara kita menggunakan aplikasi Whatsapp untuk berhubung dengan ramai orang. Malah tidak dinafikan juga melalui aplikasi Whatsapp terbentukkan pelbagai group untuk memudahkan semua pihak. Sebagai contoh group famili, group jiran, group sekolah anak-anak, dan pelbagai lagi group whatsapp yang ada di dalam telefon kita, lain tidak bukan tujuannya untuk memudahkan komunikasi untuk bertanya khabar, berkongsi info dan sebagainya.
Pun begitu, sedar atau tidak sebenarnya penggunaan aplikasi whatsapp ini juga ada risikonya bila ada pihak yang tidak bertanggungjawab boleh menggodam Whatsapp anda untuk tujuan yang tertentu.
Jadi apa cara untuk anda lakukan bagi menyelamatkan akaun whatsapp anda daripada di hack atau di hijack daripada sesiapa pun?
Jadi usah risau, ikut sahaja paparan video yang dikongsikan oleh seorang pegawai polis ini menerusi laman facebook Polis Daerah Taiping. Kaedah yang disarankan cukup mudah untuk dilakukan.
Langkah 1 : Pergi ke aplikasi whatsapp di telefon anda.
Langkah 2 : Tekan titik tiga di bahagian kanan atas, kemudian akan keluar settings dan tekan Settings tersebut.
Langkah 3 : Setelah itu klik pula pada Account
Langkah 4 : Klik pula pada Two-step verification.
Langkah 5 : Akan keluar paparan seperti ini dan klik bahagian bawah ENABLE
Langkah 6 : Tetapkan nombor pin anda dan setelah ia dimasukkan scammer tidak akan dapat memasuki atau mengambil alih whatsapp anda.
Sumber : Polis Daerah Taiping
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.