Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin |
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipercayai akan membuat satu pengumuman khas tengah hari ini di Pejabat Perdana Menteri.
Menurut sumber, petugas RTM telah diarahkan untuk bersiap sedia melakukan siaran langsung pengumuman itu.
Difahamkan, beliau akan membuat pengumuman itu sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang dijadualkan berlangsung pada pukul 12 tengah hari nanti.
Bagaimanapun setakat ini tiada pengesahan rasmi dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri mengenai pengumuman khas itu.
Terdahulu, Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong dengan kenderaan membawa beliau yang diiringi polis pengiring, dilihat memasuki pintu satu Istana Negara sekitar pukul 10.53 pagi.