Pelbagai kemungkinan berlaku hari ini

Kerajaan Perikatan Nasional dikatakan hilang majoriti




PETALING JAYA: Pelbagai kemungkinan bakal berlaku hari ini ekoran Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dikatakan hilang majoriti setelah UMNO semalam mengumumkan untuk menarik sokongan serta-merta.

Tumpuan utama kini ke arah tindakan selanjutnya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan menghadap Yang di-Pertuan Agong dan mengadakan mesyuarat Kabinet.

Seperti setiap Rabu, hari ini merupakan Mesyuarat Pra-Kabinet antara Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri sekali gus menjadi tumpuan kepada pemerhati politik berkenaan status dan nasib Kerajaan PN dan kemudian berlangsungnya mesyuarat Kabinet.

Oleh itu, antara pelbagai berkemungkinan berlaku hari ini ekoran Mesyuarat Pra-Kabinet dengan Perdana Menteri dijangka menghadap Seri Paduka di Istana Negara atau secara maya dan diikuti Mesyuarat Kabinet di Putrajaya.

“Dikatakan mesyuarat Kabinet yang berlangsung pukul 9 pagi, dilewatkan pada tengah hari ini,” jelas sumber.

Pendirian terbaharu UMNO semalam menyaksikan Kerajaan PN boleh tumbang memandangkan parti itu yang mempunyai 38 ahli Parlimen membantu membentuk dan menyokong penubuhannya.

Buat masa ini, PN mempunyai 114 kerusi Parlimen dan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan memerlukan 112 kerusi.

Jika semua dakwaan ini benar, secara matematiknya kerajaan PN pimpinan Muhyiddin hilang majoriti dan kedudukan Muhyiddin terserah kepada keputusan Yang di-Pertuan Agong.

Adakah segalanya akan terjawab pada hari ini atau berpanjangan, namun ia bergantung kepada gelagat ahli politik?

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.