Perdana Menteri umum senarai 'Kabinet berorientasikan hasil'

Ismail Sabri umum Senarai Ahli Jemaah Menteri Baharu



PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan senarai barisan 'Kabinet Berorientasikan Hasil' yang merupakan pasukan pengurusan yang akan bekerja bersama rakyat.

Mengumumkannya di Perdana Putra di sini, beliau membentuk kabinet itu yang merupakan satu formulasi semula berdasarkan situasi semasa demi mengekalkan kestabilan dan meletakkan kepentingan serta keselamatan Keluarga Malaysia.

"Kabinet ini perlu bertindak pantas dan bersepadu dalam usaha membebaskan Malaysia daripada ancaman pandemik COVID-19, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik," katanya dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen televisyen tempatan.

Ismail Sabri mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Sabtu lepas di Istana Negara.

Beliau menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletakkan jawatan pada 16 Ogos selepas hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan kepada pelantikan Ahli Parlimen Bera itu selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.


Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menamakan anggota Jemaah Menterinya hari ini, dan 4 menteri kanan.
4 menteri kanan yang diumumkan Hishammuddin Hussein (Umno), Mohamed Azmin Ali (Bersatu), Radzi Jidin (Bersatu), dan Fadillah Yusof (Gabungan Parti Sarawak).

Setakat pengumuman hari ini, tiada seorang wakil rakyat dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Perkembangan ini di sebalik spekulasi seorang pemimpin Bersatu akan dinamakan sebagai timbalannya.

Ismail mengangkat sumpah perdana menteri ke-9 Sabtu lalu.

Berikut anggota Jemaah Menteri dan portfolio masing-masing:

1. Kewangan: Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
2. Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Mohamed Azmin Ali
3: Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna: Alexander Nanta Linggi
4. Tenaga dan Sumber Asli: Takiyuddin Hassan
5: Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Zuraidah Kamaruddin
6: Pertanian dan Industri Asas Tani: Ronald Kiandee
7: Pelancongan, Kesenian, dan Kebudayaan: Nancy Shukri
8. Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Noh Omar
9. Pembangunan Luar Bandar: Mahadzir Khalid
10: Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Reezal Merican Naina Merican
11. Sumber Manusia: Saravanan Murugan
12. Kesihatan: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
13. Pendidikan: Mohd Radzi Md Jidin
14. Pengajian Tinggi: Noraini Ahmad
15. Hal Ehwal Dalam Negeri: Hamzah Zainuddin
16. Hal Ehwal Luar Negeri: Saifuddin Abdullah
17. Pertahanan: Hishammuddin Hussein
18. Kerja Raya: Fadillah Yusof
19. Pengangkutan: Wee Ka Siong
20. Komunikasi dan Multimedia: Annuar Musa
21. Alam Sekitar: Tuan Ibrahim Tuan Man
22. Sains, Teknologi, dan Inovasi(MOSTI): Adham Baba
23. Wanita, Keluarga, dan Masyarakat: Rina Harun
24. Belia dan Sukan: Ahmad Faizal Azumu
25: Perpaduan Negara: Halimah Mohamed Sadique
26. Wilayah Persekutuan: Shahidan Kassim

Berikut Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan portfolio masing-masing:

1. Ekonomi: Mustapa Mohamed
2. Hal Ehwal Sabah dan Sarawak: Maximus Johnity Ongkili
3. Undang-undang: Wan Junaidi Tuanku Jaafar
4. Hal Ehwal Agama: Idris Ahmad
5. Tugas-tugas Khas: Abdul Latiff Ahmad

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.