Tahniah Khairy Jamaluddin diberi kepercayaan untuk meneraju KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA . |
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pelantikan barisan Jemaah Kabinet yang baharu.
Menerusi siaran langsung, Khairy Jamaluddin secara rasminya dilantik menjadi Menteri Kesihatan.
Khairy yang sebelum ini merupakan menteri sains, teknologi dan inovatif mengambil alih jawatan sebagai menteri kesihatan.
Sebelum ini, Khairy yang juga parlimen Rembau menggalas tanggungjawab besar sebagai menteri penyelaras program imunisasi Covid-19.
Ternyata perlantikan Ahli Parlimen Rembau itu disenangi ramai warga maya dan berharap kes Covid-19 di negara kita menurun segera.
Khairy adalah tonik yang tepat untuk menangani wabak, kata pakar kesihatan |
“Semoga ada perkembangan yang baik di dalam kesihatan rakyat dan negara. Jalankan tanggungjawab sebaik mungkin.”
“Harap dengan KJ sebagai Menteri Kesihatan, kes Covid-19 di Malaysia semakin menurun dan seterusnya bebas dari Covid-19. Satu tugas yang amat berat untuk KJ.”
“Menteri belia dan sukan, success. Menteri sains dan innovasi, success. Now menteri kesihatan, insya-ALLAH you can do it Khairy Jamaluddin. Let’s fight Covid-19 together.”
“Agree. You’re the best speaker. Hopefully, you’re also the best in action.”
“Semoga membawa revolusi terbaik untuk sektor kementerian kesihatan.”
“Future PM to be… bagilah jawatan apa pun memang beliau buat kerja bersungguh-sungguh, respect!”
“Memang sangat layak untuk mengendalikan situasi yang kritikal sekarang ini.”
Ahli Parlimen Rembau - Khairy Jamaluddin |
Ini biodata ringkas Khairy Jamaluddin;
1. Dilahirkan di Bandar Kuwait pada 10 Januari 1976.2. Anak lelaki tunggal dan bongsu daripada 3 beradik.
3. Khairy Jamaluddin dan pasangannya Nori Abdullah telah dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Jibreil Ali, Raif Averroes dan Timor Abdullah.
Baca juga Fakta pilu, 1,517 murid sekolah hilang kasih sayang ibu bapa angkara Covid-19
4. Khairy melanjutkan pelajarannya di United World College of South East Asia di Singapura, dan pengajian universitinya di Universiti Oxford, United Kingdom.
Ketika di Oxford, beliau menuntut di Kolej St. Hugh, dan kemudiannya graduan dalam bidang Falsafah, Politik, dan Ekonomi (PPE).
1997 – 1998 Ijazah Sarjana Teori Undang-Undang dan Politik, University College, London,dan merupakan felo di Pusat Pengajian Islam Oxford.
5. Jawatan disandang; 2013 – 2018 : Menteri Belia dan Sukan
2020 – 2021 : Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
4 Februari 2021 – 16 Ogos 2021 : Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Barisan kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi menyaksikan Khairy Jamaluddin dan Dr Adham Baba masing-masing bertukar portfolio. |
Khairy Jamaluddin dan Dr Adham Baba tukar kementerian
Ketika menggalas jawatan sebagai menteri kesihatan, Adham terpalit dengan beberapa kontroversi.Kenyataan yang dibuatnya sebelum ini di tengah-tengah negara sedang bertarung dengan pandemik Covid-19 menyaksikan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengambil alih pengumuman harian kes jangkitan Covid-19.
Adham yang juga ahli parlimen Tenggara kini mengambil alih portfolio Khairy sebagai menteri sains, teknologi dan inovatif.
Ketika pentadbiran di bawah Muhyiddin Yassin, timbul kekeliruan mengapa Khairy dilihat sering menjadi individu utama yang mengendalikan isu melawan Covid-19.
Ini disebabkan kebanyakan aspek berkaitan tugasan tersebut berada bawah Kementerian Kesihatan, tetapi ia sebaliknya dikendalikan oleh Mosti.